Punca-punca sakit kepala

Punca-punca sakit kepala.

Sakit kepala datang dalam pelbagai bentuk dan pelbagai sebab.

Berikut adalah punca sakit kepala:

*1. Dehidrasi*

Kurang minum air akan menjadikan anda dehidrasi. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk memastikan cecair badan mencukupi.

*2. Keletihan*

Melakukan aktiviti kerja seharian memang meletihkan. Elakkan diri anda dari melakukan kerja berterusan tanpa rehat. Jika sakit kepala datang disebabkan keletihan, semua kerja terpaksa ditangguh.

*3. Ketegangan*

Tekanan ditempat kerja, rumah, kerenah ahli keluarga dan persekitaran akan memberikan rasa ketegangan kepada diri. Apabila ketegangan datang, sakit kepala akan menemaninya. Belajarlah untuk berfikiran positif.

*4. Bunyi bising*

Bunyi bising yang datang dari persekitaran boleh menimbulkan ketegangan dan akhirnya sakit kepala. Larilah sebentar ke tempat lebih senyap untuk meredakan ketegangan.

*Tempoh haid*

Wanita yang sedang menjalani tempoh haid mudah diserang sakit kepala kerana sedang mengalami perubahan hormon tubuh badan.

*Lampu terang*

Pendedahan mata kepada lampu terang dalam jangka waktu yang lama akan menimbulkan sakit kepala. Jika terpaksa berada dalam persekitaran lampu terang, pakailah cermin mata gelap.

*Wangian buatan*

Wangian buatan kadangkala menghasilkan bau yang mampu mendatangkan rasa sakit kepala. Anda perlu menjauhkan diri dari individu yang memakai wangian buatan berlebihan. Pesanan untuk anda juga, pastikan anda tidak memakai wangian buatan dengan banyak agar orang disekeliling tidak sakit kepala dengan anda.

*Perubahan cuaca*

Cuaca yang terlalu panas boleh menimbulkan sakit kepala. Pakailah pelindung kepala jika terpaksa berada di bawah terik matahari.

*Postur yang lemah*

Postur tubuh anda yang lemah akan mengundang sakit kepala untuk bertandang. Pastikan anda mengamalkan postur tubuh yang betul.

*Baru berhenti mengambil kafein*

Peminum air berkafein yang sudah mula berhenti mengambilnya boleh mendapat sakit kepala kerana tubuh badan masih belum boleh mengadaptasinya.

*Alkohol, terutamanya wain merah*

Minuman beralkohol boleh menimbulkan sakit kepala. Lebih baik anda jauhi minuman beralkohol.

BACA JUGA:

Rakyat bakal berpersepsi kerajaan tidak serius tangani rasuah

TPM Fadillah tegaskan, Malaysia tidak pernah abaikan kelestarian alam sekitar

Karakter ‘cikgu’ Fadhlina yang bersahaja, tenang curi tumpuan