Raffar Affar cover lagu Lestari pula, sekali penyanyi asal masuk komen

Raffar Affar cover lagu Lestari pula, sekali penyanyi asal masuk komen. Siapa masih belum mengenali Raffa Affar? Penyanyi popular dari Indonesia itu meraih populariti selepas lagu nyanyiannya Cinta Sampai Mati menjadi siulan ramai.

Baru-baru ini, penyanyi berusia 20 tahun itu menyanyikan semula lagu balada rock tempatan berjudul Airmata Di Hari Persandinganmu nyanyian asal kumpulan era 1980–an, Lestari di saluran YouTube.

Muzik video lagu ‘dicover’ semula

Bagaimanapun, tular komen didakwa ditinggalkan vokalis kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Wan menerusi satu posting oleh akaun Facebook Malaysian Modders.

Menerusi komen berkenaan, Wan menyifatkan penyanyi seberang itu telah merosakkan melodi lagu miliknya tetapi tidak dapat dipastikan sama ada dia sekadar bergurau atau sebaliknya.

Raffar Affar cover lagu Lestari pula, sekali penyanyi asal masuk komen

“Hancus (hancur) lagu aku oiii..”

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi yang turut bersetuju dengan pendapat Wan bahawa lagu ‘cover’ itu kurang merdu untuk didengari.

Cuba cover lagu XPDC

Bukan Raffa la kalau tak rosakkan lagu orang

Lagu sedap habis rosak!

Belum lagi lagu Tiara

Terdahulu, Raffa menerima kecaman hebat daripada netizen Malaysia selepas membuat ‘cover’ lagu Tiara nyanyian Kris yang dikatakan telah merosakkan keaslian lagu asal.

BACA:

Kenal seminggu je terus ‘lock’, beza umur 22 tahun bukan penghalang

Zikir menurut Tok Guru Nik Abdul Aziz

Kahwini kembar serentak, lelaki tersenyum puas diatas pelamin