Rahsia kehebatan “ustazah” belasah 10 lelaki terbongkar

Rahsia kehebatan “ustazah” belasah 10 lelaki terbongkar. TULAR satu video memaparkan seorang wanita didakwa ustazah menunjukkan aksi menjatuhkan sekumpulan lelaki tanpa menyentuh badan mereka.

Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku di salah sebuah daerah di Indonesia.

Video tersebut menarik perhatian ramai dengan aksi bersahaja wanita itu yang hanya menghayun kedua-dua tangannya bagi menepis serangan daripada sekumpulan lelaki itu seolah-olah mempunyai ilmu kebal.

Video berdurasi 13 saat itu memaparkan wanita berjubah itu berdiri di tengah-tengah gelanggang yang dikerumuni beberapa orang lelaki yang dilihat cuba menyerangnya.

Sekumpulan lelaki itu turut kelihatan cuba memukul dan menendang wanita itu beberapa kali namun gagal dan akhirnya tercampak keluar dari gelanggang.

Rahsia kehebatan "ustazah" belasah 10 lelaki terbongkar

Ilmu tanpa sentuhan ini bukan perkara baharu di Indonesia kerana sebelum ini ada video-video yang menunjukkan aksi sama.

Malah di China, ‘ilmu kebal’ ini juga popular dalam kalangan penggiat seni mempertahankan diri dan ada yang mendakwa ia aksi yang palsu.

BACA:

Putin ramal bakal ada Hiroshima 2.0

Ramai ibu bapa kecewa anak tak sempat makan sebelum ke sekolah petang, ini puncanya

‘Takkan saya nak langgar marang? Marang tempat Pas’, pemimpin PPBM akur jika tak jadi calon