Rahsia sup sedap terbongkar, kedai ini 46 tahun tak pernah basuh periuk.KEDAI BIHUN SUP YANG TAK PERNAH BASUH PERIUK SELAMA 46 TAHUN
SEBUAH restoran bihun sup di Bangkok mendapat reputasi sebagai salah sebuah kedai bihun sup paling sedap di Thailand kerana satu rahsia: tak pernah basuh periuk selama 46 tahun.
Pemilik restoran yang bernama Wattana Panich, Nattapong Kaweenuntawong, menjelaskan periuk yang digunakan untuk mereneh bihun sup daging atau dipanggil neua tune dalam bahasa Thai tidak pernah dibasuh.
“Selama 45 tahun, sejak hari pertama kedai ini dibuka sehinggalah sekarang, kuah sup kami tak pernah dibuang. Ia disimpan sebelum dijadikan asas untuk sup baru esok,” jelas Kaweenuntawong kepada media pada tahun 2019.
Kaweenuntawong berkata kuah supnya yang berusia 45 tahun mempunyai ‘aroma dan rasa yang unik’.
“Apabila kami tutup kedai, kami akan terus memanaskannya semalaman dengan api perlahan. Esoknya, kami cuma tambah sahaja bahan-bahan dalam kuah sup tersebut.
Jika diperhatikan di sekeliling periuk neua tune di restoran itu, kelihatan ada bentukan kerak besar.
Menurut Kaweenuntawong, kerak tersebut terbentuk hasil tumpahan kuah sup sejak 1974.
BACA:
Keluarga dengan pendapatan bawah RM4,210 layak mohon BSH ini
Syarikat balak saman Husam kerana pendedahan dibuat
Pendapatan KWSP dilapor menyusut bagi suku tahun pertama 2022