Rakyat terus dipermainkan dan dikelirukan oleh Umno

Rakyat terus menerus dipermainkan dan dikelirukan oleh Umno, BN. Kali ni, rakyat dipermainkan melalui belanjawan 2021 berkaitan isu pengeluaran KWSP dan Moratorium.

Kita pernah baca bagaimana Umno, BN termasuklah Najib Razak sendiri yang berkata tidak akan bersetuju dengan belanjawan sekiranya pengeluaran Kwsp sebanyak RM10 ribu dan lanjutan moratorium tidak dibuat. Hehehe.. memang kelakar orang politik ini kan sebab pengeluaran kwsp dan moratorium tidak memerlukan kelulusan bajet dan tak perlu pun kelulusan di parlimen.

Kebenaran pengeluaran KWSP dan pemberian moratorium oleh bank boleh dibuat pada bila-bila masa tanpa memerlukan pembentangan belanjawan dan kelulusan parlimen.

Sebelum ini, KWSP telah pun mengumumkan kebenaran pengeluaran dari akaun 1 dengan beberapa syarat. Ini dibuat tanpa memerlukan kelulusan parlimen mahupun tanpa dimasukkan dalam belanjawan negara. Begitu juga dengan moratorium yang diberikan sebelum ini tanpa memerlukan kelulusan parlimen dan tanpa masuk didalam bajet.

Maksudnya kalau besok atau semalam atau bila-bila masa KWSP umumkan bahawa pencarum boleh keluarkan duit dari akaun 1 sebanyak RM10 ribu, maka pencarum boleh pergi keluarkan duit. walaupun tak masuk dalam belanjawan. Kalau besok atau semalam atau bila-bila masa bank bersetuju untuk memberi moratorium, maka ianya boleh terus dilakukan walaupun tak masuk dalam belanjawan.

Belanjawan negara adalah berkaitan dengan unjuran hasil kerajaan dan unjuran perbelanjaan kerajaan. Pengeluaran KWSP dan Moratorium tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan. Kalau sesuatu tindakan itu melibatkan penggunaan duit dari hasil kerajaan ataupun memelukan pinjaman kerajaan, maka ianya perlu masuk dalam belanjawan dan perlu dibahas dan diluluskan. KWSP adalah duit pencarum dan moratorium adalah hutang dengan bank.

Oleh itu, apa yang dilaungkan oleh Umno dan BN mengenai pengeluaran KWSP dan moratorium ini hanyalah permainan sentimen dan kemudian apabila diumumkan dalam belanjawan negara, mereka kununnya akan dipanggil hero. Sebenarnya mereka hanya megelirukan rakyat kerana pengeluaran kwsp dan moratorium oleh bank tidak berkaitan dengan belanjawan negara.

Nampaknya, mungkin rakyat Malaysia akan terus menerus ditipu dan dibuai dengan hasutan oleh Umno dan BN seperti yang biasa mereka lakukan

Sumber: