Ramai tak tahu apa jadi dengan batu Jamrah selepas jemaah haji selesai melontar di Mina

Ramai tak tahu apa jadi dengan batu Jamrah selepas jemaah haji selesai melontar di Mina.

Melontar jamrah di Mina adalah sebahagian daripada amalan yang dilakukan oleh jemaah yang mengerjakan haji di Mekah.

Dalam amalan ini, jemaah akan melontarkan batu kecil ke arah tiga jamrah, masing-masing setiap jamrah sebanyak tujuh kali.

Ramai tak tahu apa jadi dengan batu Jamrah selepas jemaah haji selesai melontar di Mina

Tiga jamrah berkenaan adalah Jamrah Al-Sugra (tiang kecil), Jamrah Al-Wusta (tiang sederhana) dan Jamrah Al-Aqaba (tiang terbesar).

Seperti yang kita semua sedia maklum, ibadah haji yang disertai oleh jutaan umat Islam setiap tahun. Jadi, sudah tentu melibatkan banyak penggunaan batu bagi amalan ini.

Apa jadi dengan batu jamrah di Mina?

Antara pertanyaan-pertanyaan yang mungkin timbul adalah seperti dari mana batu-batu ini diambil dan berapa banyak batu yang digunakan? Kemudian, selepas selesai jemaah haji melontar jamrah, ke mana pula batu-batu berkenaan dibawa?

Menurut Arab News, walaupun tiada jawapan tepat berkenaan jumlah batu yang digunakan, namun dengan bilangan jemaah melebihi 2 juta, jumlah batu yang digunakan mencecah bertan-tan.

Berkenaan ke mana batu-batu yang dilontar jemaah dibawa, Ahmed Al-Subhi, wakil kontraktor yang membangunkan kemudahan di Mina ada jawapannya.

Beliau berkata, proses menguruskan batu-batu berkenaan bermula sebaik sahaja jemaah selesai melaksanakan ibadah melontar jamrah.

Batu-batu yang dilontar itu sebenarnya jatuh ke dalam fasiliti bawah tanah di kompleks jamrah yang terletak pada kedalaman 15 meter.

Kemudian, batu-batu berkenaan dipindahkan menggunakan konveyer dan dibasuh untuk menghilangkan sebarang kotoran yang melekat.

Seterusnya, batu-batu itu dipindahkan dengan menggunakan lori dan disimpan dalam tempat penyimpanan untuk digunakan pada musim haji seterusnya.

Jadi, batu-batu berkenaan sebenarnya sudah disediakan dan diguna oleh jemaah-jemaah haji untuk musim haji seterusnya.

Ahmed Al-Subhi juga menjelaskan pihaknya menyediakan beg bagi setiap jemaah untuk mengambil dan menyimpan batu-batu untuk melontar jamrah. Beg-beg berkenaan disediakan di 300 lokasi di Mudzalifah termasuk di lokasi jamrah di Mina.

BACA :

[VIDEO] Budak ketagih guna gajet, ‘scroll’ angin sambil menangis macam kena rasuk
‘Tak terbalas apa yang Mak Ani buat’, pelukan hari terakhir di rumah pengasuh undang rasa hiba
Orang gaji kerap pakai minyak wangi ketika suami ada di rumah, ‘Tak sangka ini yang mereka buat’