‘Ramai tak tahu jualan produk begini tidak dibenarkan di dalam kawasan sekolah rendah dan menengah’

Update 10.00 malam, 21 Ogos 2023

Saya sudah dihubungi oleh Pegawai JPN maklumkan jualan produk begini tidak dibenarkan dan tiada sebarang jualan di dalam kawasan sekolah rendah dan menengah.

KPM atas nasihat daripada KKM telah memaklumkan Larangan Penjualan Makanan dan Minuman yang Dilarang di kantin (2017) dan Koperasi (2020) serta perluasan larangan ke seluruh kawasan sekolah (2022).

'Ramai tak tahu jualan produk begini tidak dibenarkan di dalam kawasan sekolah rendah dan menengah'

Sehingga hari ini, semua pihak akur terhadap larangan tersebut dan tindakan segera akan diambil jika terdapat aduan terhadap jualan makanan terlarang tersebut di sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Justeru itu, pihak JPN Melaka, PPD, Pejabat Kesihatan Daerah dan Pejabat Kesihatan Negeri Melaka telah mengadakan pemantauan berkala bagi memantau pematuhan penjualan makanan di semua sekolah di Negeri Melaka.

Jika ada sebarang maklumat tindakan ingkar arahan, murid atau guru boleh melaporkan kepada pihak pentadbir sekolah untuk tindakan segera di peringkat sekolah.

Ni agen jualan jangan terlebih bijak bawak jualan macam ni dalam kawasan sekolah terutama sekali sekolah rendah.

Buat pihak sekolah jangan pejam mata pada jualan macam ni. Cikgu-cikgu tahu keadaan anak murid tu bagaimana. Susah ke senang. Mampu ke tak.

Sedap betul ayat promosi ko

Terima kasih atas sokongan produk Bumiputera :

Tak payah ko nak main sentimen bangsa kalau ko tak fikir apa kesan pada orang yang kurang kemampuan. Orang bumiputera semua ada hati perut tak macam ko.

Setiap 10% dari pembelian akan diinfaqkan :

Sedap “doggy” agama nampak.

Moga dimewahkan rezeki ayah ibu yang membahagiakan anak-anak :

Kalau ibu bapa yang tak mampu tu ko nak doakan macam mana? Betul-betul hantu ko ni.

Mat tengok kantin jual keropok lekor 5 keping RM2 pun dah kerut dahi merah telinga, ni tengok ko berniaga macam ni. Macam takde otak.

Emosi? Memang Mat marah.

BACA :

‘Serius kesian tengok peniaga tepi jalan yang disaman dikacau oleh pihak tertentu, orang nak meniaga bukan nak jadi jutawan pun’
‘Abah akan bawa aku pergi kedai 4D bila balik dari sekolah agama, kalau nombor abah naik dapat makan sedap-sedap’
‘Ada ibu bapa sanggup tipu pendapatan untuk sedikit bantuan, apa kamu masih punya agama?’