Ramai tak tahu kisah Silimpopon, bandar yang hilang di Sabah

Ramai tak tahu kisah bandar yang hilang di Sabah.

Menyelusuri keheningan jalan yang diapit oleh deretan kelapa sawit seperti tempat lain di Tawau membawa kita ke sebuah kawasan luar bandar yang pernah menjadi salah satu pusat ekonomi utama di Sabah.

Kota ini terletak di kawasan Kalabakan, mengambil masa satu jam perjalanan dari bandar Tawau.

SILIMPOPON adalah sebuah bandar yang pernah wujud di Tawau, Sabah pada sekitar tahun 1904 hingga 1932 dan merupakan satu sejarah bernilai perlu dikenang. Tetapi kini tidak ramai masyarakat Sabah khususnya generasi muda yang tahu kewujudan bandar tersebut.

Ramai tak tahu kisah Silimpopon, bandar yang hilang di Sabah

Sumber tenaga arang batu terbesar Asia Tenggara

Bandar ini merupakan pengeluar sumber tenaga arang batu terbesar di Asia Tenggara yang dikendalikan oleh Cowie Harbour Coal Company yang berpusat di London.

Pada tahun 1905 hingga 1937, bukan sahaja penduduk tempatan malah kuli-kuli dari China dan seluruh rantau ini, termasuk Jepun, menuju ke kawasan pedalaman di kawasan timur laut Sabah yang luas ini untuk mencari nafkah.

Silimpopon ketika itu yang berada di bawah pemerintahan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) telah membangun sebagai sebuah bandar yang paling kaya dan moden hasil daripada kekayaan arang batu yang terdapat di bandar tersebut.

Jumlah penduduk di Silimpopon mencecah sekitar 3000 orang, melebihi jumlah penduduk yang ada di Tawau pada ketika itu.

Silimpopon juga mempunyai landasan kereta api, yang menggunakan lokomotif Andrew Barclay untuk mengangkut hasil arang batu dan juga sebagai pengangkutan utama penduduk di sana.

Token berbentuk syiling digunakan di bandar Silimpopon ini dan digelar “Silimpopon Token” membuktikan kemajuan bandar ini.

Selain itu, terdapat juga kemudahan lain seperti pelbagai jenis kedai, hospital dan polis, serta bengkel.

Bandar yang ditinggalkan

Namun kegemilangan Silimpopon tidak lama apabila kualiti dan kuantiti arang batu didapati semakin berkurangan pada penghujung tahun 1920-an.

Akhirnya, bandar Silimpopon terkubur pada tahun 1932 dan menjadi bandar yang hilang di bumi Sabah sehingga kini. Kira-kira sudah lebih dari 90 tahun yang lalu bandar ini ditinggalkan selepas beroperasi selama lebih dari 25 tahun.

Silimpopon kini dikelilingi tanaman sawit dan semak samun. Struktur binaannya ada yang masih boleh dilihat sehingga sekarang.

Terdapat juga tinggalan landasan kereta api,sisa tinggalan arang batu dan terowong lombong yang di boleh ditemui.

Nama Silimpopon juga semakin hilang dari lipatan sejarah.

BACA :

Amir Ukays bengang, “Makin lama makin melampau”
‘Kadang-kadang aku ada terasa nak carutkan KKM dari aku bangun sampai aku tidur. Kecewa nak mampus.’