‘Ramai tak tahu lagu Sedih Hati ini membawa tema kritikan sosial kepada politikus yang korup’

‘Ramai tak tahu lagu Sedih Hati ini membawa tema kritikan sosial kepada politikus yang korup’.

OK, akhirnya saya tak dapat tahan diri daripada ulas lagu terbaru Malique. Biasanya saya ulas berkenaan teknikaliti dan mesej lirik beliau, namun kali ni saya nak ulas benda lain pula sebab dah ramai sangat ulas tentang lirik lagu Sedih Hati ni.

'Ramai tak tahu lagu Sedih Hati ini membawa tema kritikan sosial kepada politikus yang korup'

Jika perlu dibandingkan(tak perlu pun sebenarnya) dengan Joe Flizzow yang suka buat lagu dengan muzik yang kontemporari dan kekinian, Malique ni lebih cenderung gunakan muzik yang lebih malar segar dan tampilkan sampling dari lagu lama dalam karya beliau.

Ada banyak lagu Too Phat gunakan sample lagu lama, tapi biarlah kita fokuskan pada karya Malique pasca Too Phat.

Berikut antara karya-karya beliau (termasuk lagu yang dinyanyikan penyanyi lain) yang telah dikenalpasti ada sampling lagu lama:

Lagu Malique : lagu yang di-sample (tahun terbit)

1. Mantera Beradu : Sehala Tak Setujuan by Sweet September (1984)

2. Cerita Kedai Kopi / Rahsia : Indian Girl dan Children’s Story by Slick Rick (1988)

3. Terkemuka : Pavane Op 50 by Gabriel Faure (1887)

4. Hikayat Benladin : Harapan Kecewa by Ahmad Jais (1968)

5. Bawaku Pergi : Canon in D Major by Johann Pachelbel (1680)

6. Kau Yang Punya : You Got Me by The Roots (1999)

7. Teman Pengganti : Hati Seorang Kekasih by Noor Kumalasari (1982)

Untuk karya yang terbaru ni, Malique menggunakan sampling lagu Ratapan Anak (1987) yang dinyanyikan oleh Mona Fandey sebagai korusnya.

Lagu Ratapan Anak berkisar tentang seorang anak bersedih kerana ditinggalkan ibunya, walaupun begitu Malique tidak mengambil konteks itu apabila beliau ambil sedutan lagu berkenaan.

Lagu Sedih Hati ini membawa tema kritikan sosial kepada politikus yang korup. Ada beberapa frasa lirik yang dilihat memberi tamparan(take a jab) pada lanskap politik negara kita kebelangkangan ini.

Tak perlulah sebut siapa yang “ditampar” oleh Malique, kerana insinuasinya agak jelas.

Persoalannya, apakah kaitan Maznah Ismail (nama sebenar Mona Fandey) dan politik?

Ya, semua orang tahu tragedi 1993 yang mengemparkan itu. Jadi kaitan lagu Ratapan Anak dan lagu Sedih Hati ni tidak terletak pada tema cerita kedua-dua lagu ini, tetapi pada lapisan yang lebih dalam.

Boleh kata ia sesuatu asosiasi yang membawa mesej yang agak gelap(dark).

Adakah ia satu bentuk amaran kepada ahli politik? Mungkin juga. Lebih-lebih lagi bila kita lihat ada rangkap ini dalam lagu Sedih Hati:

“๐˜ˆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ญ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฉ, ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ถ ๐˜ณ๐˜ข๐˜ค๐˜ถ๐˜ฏ

๐˜š๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฏ

๐˜š๐˜ข๐˜ต๐˜ถ-๐˜ด๐˜ข๐˜ต๐˜ถ ๐˜จ๐˜ถ๐˜จ๐˜ถ๐˜ณ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ณ

๐˜—๐˜ถ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ด ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ป๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ข๐˜ญ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ณ”

Cuma, dalam perkiraan saya rangkap ini tidak merujuk kepada sesuatu tindakan yang tersurat. Lebih merujuk kepada langkah kepada penamatan karier sesetengah ahli politik melalui lunas undang-undang.

PRN pun dah dekat, kan? Jadi, pelancaran lagu ini memang dibuat pada masa yang sesuai.

Nampaknya kali ini Malique gunakan bukan sekadar lirik yang mempunyai lebih dari satu entendre (makna) untuk melapisi karyanya.

Beliau gunakan juga teknik ekspresi yang lebih dalam untuk menyampaikan mesej tersirat. Apa mesejnya? Terpulang pada kalian bagaimana untuk tafsir.

Sebagai peminat, saya dah tempah CD Sedih Hati, tapi masih belum sampai. Sambil tunggu ia tiba, kita ulas sikit dulu. Lepas CD tiba, mungkin kita akan ulas lagi.

Kamarul Ariffin Nor Sadan

Doktor Bedah Lagu

Disclaimer/penafian: kebanyakan lagu-lagu Qarma Musiq dihasilkan oleh Malique bersama dengan Tripdisz, maka mungkin Tripdisz juga ada pengaruh dalam pilihan sample.

BACA :

Peristiwa 25 Jun 2009, Raja Pop Michael Jackson meninggal dunia
โ€˜Saya cuba betulkan keadaan supaya anda semua tidak berdosaโ€™ โ€“ Anak Mona Fandey
Malique terbit lagu baru dengan suara arwah Mona Fandey bikin netizen meremang!