Ramai tak tahu siapa Farali Khan, jelitawan bawa watak Inspektor Julie dalam ‘Polis Evo 3′

Ramai tak tahu siapa Farali Khan, jelitawan bawa watak Inspektor Julie dalam ‘Polis Evo 3′.

Luar biasa! Itulah yang mungkin kita boleh ungkapkan di atas kejayaan ‘Polis Evo 3’ yang kini telah melepasi angka RM25 juta.

Filem aksi yang menampilkan Shaheizy Sam, Zizan Razak serta Sharnaz Ahmad membawakan watak antagonis dengan cukup mantap. Karya arahan Syafiq Yusof ini sememangnya telah dijangka mampu memecahkan rekod berdasarkan populariti dua filem terdahulunya.

Selain barisan pelakon yang MASKULIN nyatakan di atas peminat yang telah menonton filem ini turut hangat membicarakan tentang Inspektor Julie yang dilakonkan oleh Sofia Jane.

Ramai tak tahu siapa Farali Khan, jelitawan bawa watak Inspektor Julie dalam ‘Polis Evo 3'

Rata-rata bukan sahaja memuji kecantikannya malah turut kagum dengan lagak aksi lakonannya yang sangat berkesan. Sekali imbas, wajahnya seiras dengan pelakon legenda, Sofia Jane.

“Jatuh cinta dengan watak dia dalam Polis Evo 3, lawanya tapi still lasak”, komen seorang warganet.

“Padu gila! Sesuai sangat awal dengan watak lasak macam ni,” jelas seorang lagi warganet di ruang komen hantaran Farali Khan di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Siapakah gerangannya figura jelita di sebali nama Farali Khan ini?

Farali sebenarnya bukanlah pendatang baharu kerana dia mempunyai banyak pengalaman lakonan dalam beberapa buah sinetron di Indonesia. Tidak gentar walaupun dianggap masih baharu, Farali dilihat tidak kekok untuk serasi bersama pelakon-pelakon lebih senior yang lain.

Pernah melakukan kemunculan menerajui drama komedi, ‘Black Belt Kaler Pink’ ditayangkan di Astro Warna dan Mustika HD pada tahun 2017 yang lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farali Khan (@farali_khan)

Berikut biodata anak seni berasal dari Johor Bahru, Johor ini.

FARALI KHAN

  • Nama sebenar: Norfara binti Ali Dad Khan
  • Umur: 34 tahun
  • Keluarga: Anak kedua dari empat adik-beradik
  • Keturunan: Mempunyai darah kacukan Pakistan dan Cina
  • Instagram: @farali_khan
  • Adik kepada pelakon terkenal, Miller Khan
  • Meminati sukan tinju dan juga aktiviti menyelam

Selamat maju jaya diucapkan kepada Farali Khan. Semoga karier lakonannya akan terus kekal mantap di masa akan datang!

BACA :

Penunggang terdesak lekat nota pada motorsikal, ‘Isteri saya akan bersalin’
[VIDEO] Naik Grab melebihi muatan, 6 pelajar perempuan dihalau keluar kereta
Ini 6 nasihat bila disoal tentang rezeki anak lepas berumahtangga