Rasa dilayan seperti bibik, gadis kecewa disuruh basuh pinggan di rumah pakwe

Rasa dilayan seperti bibik, gadis kecewa disuruh basuh pinggan di rumah pakwe. Pertama kali datang ke rumah ibu bapa teman lelaki, golongan perempuan pastinya sangat gemuruh kerana umpama sedang menduduki peperiksaan. Pokoknya, mereka akan cuba sehabis baik untuk menunjukkan nilai positif sebagai calon menantu idaman.

Dulu aku ada pakwe perantau, dia ajak aku pergi rumah mak ayah dia kat kampung

Namun nampaknya, gadis muda bernama Bella ini mempunyai persepsi yang berbeza. Apabila bertandang ke sana, keluarga teman lelakinya ada menyediakan sedikit hidangan. Bukan sahaja diperhatikan seperti dirinya tidak tahu membuat kerja dapur, ketika itu dia turut disuruh menghangatkan makanan.

Rasa dilayan seperti bibik, gadis kecewa disuruh basuh pinggan di rumah pakwe

Aku tunggu kalimat larangan “Tak payah basuh, letak je”…Takde, tak ada

Sebagai tetamu, secara jujurnya Bella berharap agar wanita tua berkenaan akan melarangnya untuk cuci pinggan. Pun begitu, alang-alang dia malah diminta membasuhkan semua piring kegunaan orang lain yang ada di dapur. Sudah membayangkan layanan yang akan diterima jika dia bergelar menantu nanti, Bella memutuskan untuk tidak meneruskan hubungan dengan pasangannya.

Ingat kita datang rumah jadi bibik…Memilih mentua pun penting sangat, percayalah

Melalui ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan keputusan dibuat oleh Bella. Bukanlah berkira untuk buat kerja rumah, hakikatnya seorang wanita juga berhak memilih keluarga mentua yang boleh memberikan bahagia dan bukannya sengsara.

@belladeasy #stitch dengan @Nahda Azahra ♬ suara asli – Bella Deasy

BACA:

Doktor palsu minta gambar tak senonoh dari pelajar sekolah

Kes penumpang Malindo Air tersadai, Menteri Pengangkutan beri ‘amaran’ ini

Ini senarai penuh Bantuan tahun 2023 yang diumum PM