Ratu Farah pula kena kecam gara-gara menari dengan Alif Syukri

Ratu Farah pula kena kecam gara-gara menari dengan Alif Syukri. Belum reda kontroversi mengenai video muzik terbaharu Datuk Aliff Syukri bersama Baby Shima, nampaknya ada pula video tular yang menampilkan usahawan kosmetik itu dengan TikTokers popular, Ratu Farah.

Sama seperti Baby Shima, Ratu Farah dilihat berjoget di sebelah Aliff sambil diiringi lagu terbaharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Manakala di penghujung video, kedua-duanya dilihat mempromosikan produk minuman kurus buat tatapan pengikut media sosial di luar sana.

Ratu Farah pula kena kecam gara-gara menari dengan Alif Syukri

Namun, melihatkan aksi Ratu Farah itu, ramai netizen tampil memberikan kritikan serta nasihat buat wanita itu memandangkan dia membawa imej muslimah dan dikenali ramai.

Kata netizen, Ratu Farah seolah-olah telah menjatuhkan maruah wanita bertudung gara-gara menari seperti itu.

Sorry, tapi tolong jangan jatuhkan maruah wanita bertudung. Pakai jubah tapi menari macam tu. Maaf cakap, sangat tak sesuai.
Ada juga yang meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap Datuk Aliff Syukri yang dilihat mengeksploitasi golongan istimewa bagi mendapatkan ‘views’ dan populariti.

“Marketing macam ni tak berkat datuk..” komen seorang lagi netizen.

BACA:

PU Riz mahu saman pihak yang fitnah produk inai miliknya

Natasha terpalit kontroversi video lucah dalam aplikasi Bigo

Didakwa jadi punca penceraian Yasmin Hani, Alif Hadi akhirnya bersuara