Rawat demam & batuk anak guna air kembang semangkuk, rendam sahaja!

Rawat demam & batuk anak guna air kembang semangkuk, rendam sahaja!

Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang tahu akan khasiat bunga kembang semangkuk yang sering dijadikan rawatan dalam perubatan tradisional bukan?

Ternyata kembang semangkuk ini sangatlah bagus untuk merawat pelbagai jenis penyakit termasuklah yang sering dihidapi oleh kanak-kanak.

Tidak hairanlah mengapa bunga kembang semangkuk ini merupakan bahan wajib ada dalam rumah, tambah pula sekarang merupakan musim penyakit. Mudah sahaja, anda hanya perlu rendam bunga kembang semangkuk ini dalam air dan settle!

*CARA BUAT AIR KEMBANG SEMANGKUK, BAGUS UNTUK RAWAT PENYAKIT*

Kembang semangkuk kena ada kat rumah selalu. Senang bila anak mula dedar je, terus kita buatkan air kembang semangkuk.
Kembang semangkuk, nama lain dia malva nut. Ada kandungan bassorin, bantu kurangkan radang pada sel badan anak. Menarik kan. Bagus untuk:

– Demam

– Batuk

– Selesema

– Kahak

– Sakit tekak

– Asthma

– Radang sinus

– Radang tonsil

*Anak umur berapa boleh minum?*

6 bulan dan ke atas. Macam air putih je sebenarnya rasa dia. Macam mana nak buat? Ada 3 cara, ambil 1 – 3 biji kembang semangkuk:

i – Rendam dalam 1 liter air putih 30 minit

ii – Rendam dalam 1 liter air putih semalaman

iii – i – Rendam dalam 250ml air panas 10 minit, kemudian tambahkan sehingga cukup 1 liter air

*Cara nak minum?*

Minum macam air putih biasa je. Anak dahaga, kita bagi air. Kerapkan bagi air kembang semangkuk bila anak tak sihat, sama macam kita kerap bagi anak air putih. Anak tak suka serdak dan warna coklat tu? Tapis dan campur madu sikit. Tak nampak macam air kosong, tapi air madu. Mungkin anak akan suka.

Boleh makan je jeli kembang semangkuk? Boleh je makan. Berapa lama tahan air ni? Buat untuk 1 hari je dulu, ikut kuantiti air banyak mana anak kita minum.

Boleh simpan dalam peti sejuk? Kalau anak batuk, kahak, selsema, radang sinus, saya tak galakkan ambil air dari peti sejuk atau ais. Boleh simpan dalam peti sejuk, tapi bila anak nak minum, pastikan air di suhu bilik.

Nak beli kat mana? Pasaraya kedai runcit, cari bahagian rempah ratus bijirin.

Selamat mencuba!

BACA JUGA:

Wanita ini kongsi tip elak sampah berbau & berair.. Guna bekas sarang telur sahaja!

Mandi air panas atau air sejuk yang baik? Ini penjelasan Doktor

9 ciri yang perlu diambil kira sebelum beli dashcam