Remaja lelaki dicabul dari belakang dalam tandas, ‘Lelaki pun dah tak selamat sekarang…’

Baru-baru ini, satu berita tular di media sosial tentang seorang remaja lelaki dicabul di sebuah tandas pusat beli belah di Cheras, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin memaklumkan kejadian itu terjadi ketika remaja tersebut mengikat tali kasut.

Dicabul dari belakang

Remaja lelaki dicabul dari belakang dalam tandas, 'Lelaki pun dah tak selamat sekarang...'

Beliau memberitahu suspek yang turut berada dalam tandas memeluk dan meraba mangsa dari belakang selain memegang punggung dan mencium pipi secara tiba-tiba.

Pengadu yang panik dan terkejut dengan tindakan suspek bertindak keluar dari tandas. Suspek mengikut dari arah belakang bertindak memegang kemaluan pengadu.

Mangsa kemudian berlari ke arah ibu untuk mengadu menyebabkan suspek melarikan diri.

Suspek kini telah ditahan reman selama lima hari dan bakal disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta 792, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

BACA :

‘Saya berkebun di sini kerana mahu dekat dengan kubur arwah anak’
Pendeknya saat membesarkan anak-anak
[VIDEO] Lelaki tunjal kepala wanita kerana pandu secara merbahaya