‘Review jujur saya selepas bawa Lamborghini Urus pusing Malaysia’

Review jujur saya selepas bawa Lamborghini Urus pusing Malaysia :

Pertama sekali, di mana saya berada 72 jam yang lepas?

'Review jujur saya selepas bawa Lamborghini Urus pusing Malaysia'

Saya bawa si kuning ni pusing Malaysia untuk urusan kerja dari Ipoh, menuju ke :

  • Bandar Dato’ On, Johor Bahru
  • Kuala Terengganu
  • Kota Bharu
  • Kangar

Dan kembali semula ke Ipoh.

Sebelum 72 jam tu pula, saya ke :

  • Bahau
  • Melaka
  • Mersing
  • Raub

Ini perjalanan saya sepanjang seminggu yang lepas.

Review saya tentang jentera Itali kacukan Jerman ni,

Pro :

  • Comfort & stable waktu langgar potholes & cornering, terutama di Jalan Gerik-Jeli.
  • Carbon seramik disc brake mainkan peranan yang baik lantaran momentum kereta ya tinggi.
  • Quattro sistem dari Audi, keempat-empat tayar grip dengan baik terutama ketika jalan basah.
  • Mudah nak overtake kenderaan berat ketika diperlukan.

Cons :

  • Kuat melatah, safety auto kadang-kadang brake mengejut kalau motor tiba-tiba mencelah di simpang.
  • Dashboard bunyi squeek – squeek. (Mungkin kereta saya saja)

Walaupun dua saja cons.

Tapi cukup untuk sakitkan hati pemilik..

Bagi saya, di Malaysia ni bukan semua orang beli sport or luxury car untuk show off.

Ramai saja diluar sana yang beli sebab comfort, practicality & paling utama ialah safety.

Tambahan pula jalan di Malaysia ni ada masalah lubang yang.. hmm..

Maka mesin kuning ni saya gunakan sebaiknya untuk misi 100 cawangan saya.

Memandu jauh memang penat.

Ada peluang kita mesti nak merasa sedap sikit.

Saya pakai kereta ni tak lama.

Mungkin selepas 3 tahun saya akan tukar.

Baki loan tinggal 4 tahun.

Tolak FD tinggallah 3 tahun saja.

Cuma lepas tukar, tak tahu nak tukar apa.

Ada cadangan ke?

BACA :

Myvi bakal jadi kereta “Recon” di jepun, dijual dengan harga lebih RM53k
[VIDEO] Angkara makan daging bangkai lembu sakit ditanam 7 bulan lepas, tiga maut
Penjual gula-gula kapas Melayu kongsi kisah dapat pengajaran paling manis di sekolah Cina