Review Mat Kilau : Padan baca buku komik pendekar je.Ok settle Mat Kilau.
Cukup la kalau koi kata,
kalau gini la cerita mat kilau,
tak payah baca buku sejarah Pahang langsung pun takpe..
padan baca komik2 pendekar je.
Koi nak ulas bab silat mmg tak layaklah sebab koi bukan ahli bab itu,
tapi setahu koi, perang zaman Mat Kilau ni jenis berkubu, senapang lawan senapang.
Tapi abaikan hal tu.
koi nok ulas bab filem je la, pesen dialog serupa teater belaka. Dah macam berbalas sajak pun ada.
Prop pun gitu-gitu aje.
Pakaian mmg semua fail… contohnya pesawah sorang pun takde pakai comot, semua orang pakai baju lawa baru keluor plastik. Yang sekampung datamg ke medan perang nak bertempur pun semua bersiap pakai baju baru dulu..kalau bukan sebab nampak parang di tangan, mesti org ingat mereka nak datang beraya.
secara politiknya pun gagal,
British memang ditonjolkan jahat sampai tahap tak logik.. kalau berdialog suka beri nasihat orang melayu lemah sebab tak bersatu…sebab itu dijajah.. skrip berulang2 gitu aje.
Nasib ada Toga, ada juge benda nok tengok. Kalau nak harapkan puak Bhuram Singh, handal depan penjaja dgn petani je, kalau pendekar melayu datang, sedar2 dia bertempik ‘dushman !!’ lepas tu terus kena belasah.
Paling real, grup Mat Kilau ada guna molotov cocktail masa serang hendap,
Ini adalah jauh lagi awal dari zaman perang saudara sepanyol ketika bom petrol tu mula sekali digunakan..
Sekaligus nama encik molotov yg diabadikan itu patut dipadam oleh wiki diganti nama baru Mat Kilau Cocktail.
Macam koi cakap, bab sejarah mmg ke laut lah.. tapi kalau jenis nak layan movie pesen storyline komik pendekar .. mungkin sesuai la…
sekejap kelahi, lepas tu kelahi, lepas tu dialog patriotik kemelayuan berjela-jela, sambung kelahi lagi, up dialog agama pulak, sambung kelahi lagi….
peminat komik memang terhiburlah la tengok cerita mcm ni kot.
Koi tengok kiri kanan, penonton muda-mudi lain macam layan je.. cerita dah tamat pun nak duduk lagi mcm tunggu after credit scene … ingat cerita marvel ke apa?
Apa-apa pun, koi dah support.
Harapnya filem ni berjaya dan kemudian akan ada pulak cerita Tok Bahaman yg lebih proper.. Atau topik yg lagi epik .. Perang Saudara Pahang ..
BACA:
Rupanya Captain Syers seorang mualaf, ini yang berlaku terhadap dirinya
“Fasih gila BM dia”, netizen kagum tengok pemuda India ini bersembang
Bekalan minyak masak kurang mungkin kerana berita palsu – Menteri