Ribuan ikan naik ke darat, penduduk mula risau apa bakal berlaku

Ribuan ikan naik ke darat, penduduk mula risau apa bakal berlaku. PENDUDUK setempat digemparkan dengan kejadian ribuan ikan naik ke darat.

Fenomena itu dirakamkan menerusi video yang tular di media sosial.

Menerusi video berdurasi 1 minit dan 6 saat itu, insiden berlaku di Pulau Bidadari, di Kepulauan Seribu di Jakarta, Indonesia.

Ribuan ikan naik ke darat, penduduk mula risau apa bakal berlaku

“Ribuan ikan yang biasa dipanggil ikan Tembang Minyak atau temi melompat ke Pulau Bidadari,” tulis menerusi satu perkongsian di laman instagram @jakut.info, pada Isnin.

“Ikan-ikan ini juga melompat ke pantai sehingga menjadi bualan penduduk setempat.

“Penduduk mengutip ikan semahunya secara percuma dan tidak bersusah payah ke laut,” menurut kenyataan itu lagi.

Tidak dipastikan punca ribuan itu muncul ke permukaan sebanyak dua kali.

Bagaimanapun, ramai penduduk memperoleh banyak ikan dan dibawa pulang.

“Malah ada yang mendapat seguni ikan. Kemunculan ikan ini biasanya dikenali sebagai fenomena upwelling akibat arus sejuk yang naik ke permukaan,” tulisnya.

BACA:

Musang King pun dah jatuh harga, RM17 sekilogram

Saksi dedah lihat gambar, mesej lucah yang dikirim Ebit Lew

Ini cara daftar untuk menjadi ahli KWSP untuk pertama kali