Rider Grab jerit di restoran buat ramai terkejut, ‘Penat dapat malu dapat’.
Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menghilangkan stres atau rasa penat semasa bekerja. Ada yang pergi beriadah, karaoke bersama kawan-kawan atau pun mendekatkan diri dengan yang Maha Esa.
Namun, lain pula dengan sebuah video ini yang memaparkan seorang rider Grabfood bertindak menjerit di restoran sehingga orang di sekeliling terkejut telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
@miendontcarecara nk hilangkan penat
Tiba-tiba jerit “penat!” sambil buat muka selamba, reaksi orang di restoran pula mencuit hati
Menerusi video yang dimuat naik oleh @miendontcare, kelihatan rider Grabfood itu sedang berhenti di sebuah restoran sambil menunggu untuk mengambil pesanan pelanggannya.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia tiba-tiba merakam dirinya sambil menjerit “penat!” dengan sekuat hati. Tindakannya itu membuatkan beberapa orang pelanggan di restoran tersebut terkejut dan memandang ke arahnya.
Malah, ada juga yang tergelak melihat gelagat spontan pemuda itu yang secara tiba-tiba saja menjerit di tempat awam.
“Bagus bang lain kali luahkan dekat semua orang, jangan pendam” – Netizen
Susulan tularnya video itu, kini ia telah mencecah 1.1M views, 111.3K likes dan 4K shares di laman TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat rider Grabfood itu yang ‘masuk air’. Malah, ramai yang bertanya di mana dia beli konfidennya itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Lain macam abang ni punya muka tebal. Hati kau memang keras bang!
BACA :