Rollercoaster tergelincir dari landasan, seorang maut dan 3 cedera parah

Rollercoaster tergelincir dari landasan, seorang maut dan 3 cedera parah.

Seorang maut dan sekurang-kurangnya sembilan cedera dalam kemalangan rollercoaster di sebuah taman hiburan di Sweden pada kejadian jam 11.30 pagi waktu tempatan.

Mangsa yang meninggal dunia itu berusia 35 tahun.

Sembilan yang cedera itu termasuk kanak-kanak.

Rollercoaster tergelincir dari landasan, seorang maut dan 3 cedera parah.

Nahas itu berlaku apabila rollercoaster di Taman Hiburan Grona Lund itu tergelincir dari landasannya menyebabkan orang ramai terhempas ke tanah.

Ia berlaku semasa rollercoaster Jetline itu berada pada ketinggian 30 meter dengan kelajuan 90 kilometer sejam.

Tiga mangsa dilaporkan cedera parah dan sedang menerima rawatan.

Semasa kejadian, rollercoaster itu membawa 14 orang penumpang.

“Bahagian hadapan rollercoaster itu terpisah daripada kenderaan menyebabkan ia terhenti di tengah-tengah trek sebelum para penumpang terhempas ke bawah.

“Sebelum kejadian trek berkenaan kedengaran bergegar,” menurut saksi.

Susulan kejadian itu, taman permainan yang berusia 140 tahun itu ditutup selama seminggu untuk siasatan polis.

BACA :

Lelaki kongsi 10 tips untuk memilih durian
‘Awek saya keluar dengan kawan baik saya bang, saya ni berniaga bang, takde masa nak keluar layan awek saya’
Bekas suami bayar nafkah anak pakai 80,000 syiling, tindakan ibu dan anak perempuan dapat pujian