Ronaldo teruja raikan hari Penubuhan Arab Saudi Bersama rakan sepasukan

Ronaldo teruja raikan hari Penubuhan Arab Saudi Bersama rakan sepasukan

Cristiano Ronaldo meraikan Hari Penubuhan Arab Saudi bersama rakan-rakan sepasukan Al-Nassr dengan memakai pakaian tradisi negara itu.

Bintang Portugal meraikan hari istimewa buat Arab Saudi sempena penubuhan negeri pertama di negara itu tiga abad lalu dengan menari sambil membawa pedang.

Penyerang 38 tahun itu dilihat semakin selesa di Liga Pro Saudi sejak disingkirkan oleh Manchester United ketika saingan Piala Dunia tahun lalu.

Walaupun gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan pertamanya bersam Al-Nassr, Ronaldo kini sudah mengumpul lima gol liga, termasuk empat gol ketika menentang Al-Wehda untuk melepasi angka 500 gol dalam karier kelabnya.

“Selamat Hari Penubuhan buat Arab Saudi. Pengalaman yang istimewa dapat meraikannya di Al-Nassr,” kata pemenang lima kali Ballon d’Or itu.

BACA JUGA:

Susulan kes mahkamah, Wan Saiful lepaskan jawatan Ketua Penerangan Bersatu

Kedudukan Gagasan Rakyat belum tentu kukuh walaupun 5 ADUN UMNO melompat masuk

SPRM bongkar sindiket penipuan pelaburan didalangi warga UK