Safawi bakal nikahi Syifa Melvin? Penyokong dah start nyanyi lagu ini

Safawi bakal nikahi Syifa Melvin? Penyokong dah start nyanyi lagu ini. Pelakon dan model, Syifa Melvin didakwa bakal melangsungkan perkahwinan dengan pemain bola sepak terkenal Safawi Rasid tidak lama lagi.

Syifa & Safawi bakal kahwin?

Sejak 2019, pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu telah dikaitkan dengan pelakon Syifa Melvin yang juga merupakan adik kepada pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam. Meskipun gosip cinta tentang mereka sering dibicarakan orang ramai, namun masing-masing mengambil langkah untuk mendiamkan diri.

Safawi bakal nikahi Syifa Melvin? Penyokong dah start nyanyi lagu ini

Walau bagaimanapun, satu perkongsian yang dimuat naik di TikTok seolah-olah memberi bayangan bahawa pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. Menerusi video berkenaan, para penyokong yang hadir ke perlawanan terbaharu pasukan JDT sempat menyanyikan lagu ‘selamat pengantin baru’ kepada Safawi.

Susulan itu, rata-rata netizen meninggalkan komen dengan mempersoalkan mengapa lagu tersebut dinyanyikan oleh penyokong di stadium. Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah, sebahagian peminatnya sudah mengetahui tarikh hari bahagia pasangan terbabit yang difahamkan bakal mendirikan rumah tangga pada bulan hadapan.

@fadly1508jb #boysofstraits #safawirasid29 ♬ bunyi asal – AhhBoySalo

BACA:

Anwar keluar dengan kereta hitam, “pergi kerja”

Pelajar tendang nenek sampai tersungkur, akhirnya ini terjadi

Tidak setuju gabungan pilihan Presiden Parti, ahli parlimen Umno letak jawatan?