Salahguna kedudukan, wanita ditahan SPRM setelah ‘beri kerja’ syarikat ada kaitan suami

Salahguna kedudukan, wanita ditahan SPRM setelah ‘beri kerja’ syarikat ada kaitan suami. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pasangan suami isteri selepas disyaki menyalah guna kedudukan bagi kerja berkaitan penilaian membabitkan sebuah majlis perbandaran di Selangor.

Sumber berkata, wanita terbabit yang berkhidmat sebagai pengarah di sebuah majlis perbandaran menggunakan kedudukannya dengan mempelawa syarikat yang mana suaminya mempunyai kepentingan untuk melakukan kerja penilaian berkenaan.

“Wanita itu dipercayai menggunakan jawatannya dengan mempelawa syarikat perunding swasta bagi melakukan kerja penilaian membabitkan nilai keseluruhan lebih RM445,000.

Salahguna kedudukan, wanita ditahan SPRM setelah 'beri kerja' syarikat ada kaitan suami

“Perbuatan itu dilakukan pada 2019 sehingga 2020,” katanya.

Sumber berkata, pasangan berusia 40-an itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok.

BACA:

Ramai terpegun tengok Jep naik kereta ni, “tak menunjuk-nunjuk pun”

4 keping roti kosong RM10, pelanggan ini luah rasa terkejut

Dapat anak ke 19, ayahnya namakan sebagai “Cukuplah”