Sarawak kini menjuarai kes tertinggi, Selangor ditempat kedua

Sarawak kini mengambil alih kedudukan ‘teratas’ carta kes positif harian Covid-19 seluruh negara selepas sekian lama ia didominasi negeri Selangor.

Menerusi perkongsian data harian di laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kes positif dilaporkan di bumi kenyalang itu adalah sebanyak 3,174 diikuti Selangor 2,126 dan Johor 2,101.

Data kes baharu harian mengikut negeri yang dikeluarkan KKM.
Tiga negeri yang mencatatkan angka terendah pula adalah Wilayah Persekutuan (WP) Labuan lima kes, diikuti WP Putrajaya 23 dan Perlis 38.

BACA JUGA : Isteri pelakon terkenal kantoi curang, bercium dalam tandas

Secara keseluruhan, jumlah kes positif yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 17,352 dan jumlah kumulatif pula 1,862,187 kes.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai kelihatan lega apabila kes positif yang dilaporkan hari ini telah berkurangan berbanding sebelum ini.

Pada masa sama, penduduk Lembah Klang terutamanya dapat menarik nafas lega apabila Selangor dan WP Persekutuan yang sebelum ini mendominasi carta teratas kes Covid-19 dilihat semakin pulih.

“Tahniah kepada semua petugas barisan hadapan dan mereka yang bertungkus-lumus selama ini dalam memastikan angka di Lembah Klang berkurang.

“Ujian swab besar-besaran dan peningkatan suntikan vaksinasi di Lembah Klang kini telah menampakkan hasil,” tulis Wan Khairul Azwan.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Teresa George.

“Sarawak kes tinggi sebab ramai yang keluar swab test, bagus tu sekurang-kurangnya kita tahu kita bergejala atau tidak,” tulisnya.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/06/sarawak-rampas-takhta-selangor/