‘Saya antara pelajar terbaik SPM, tapi average saja di alam pekerjaan’

Saya antara pelajar terbaik dan mendapat keputusan yang sangat cemerlang dalam SPM.

Namun, di alam pekerjaan saya rasa saya average sahaja.

Saya perhatikan ada kenalan yang average sahaja di sekolah menengah atau universiti tapi mereka lebih berjaya dan kaya selepas masuk alam pekerjaan.

'Saya antara pelajar terbaik SPM, tapi average saja di alam pekerjaan'

Saya juga perhatikan ada kenalan yang lebih bijak dan cemerlang dari saya di sekolah atau universiti tapi mereka tidak mampu meneruskan momentum di alam pekerjaan.

Benarlah, setiap manusia Allah SWT ciptakan unik dengan kekuatan masing-masing. Diuji juga secara berbeza pada masa yang Allah SWT tentukan.

Nasihat saya kepada adik-adik, jangan biarkan keputusan SPM membataskan corak masa depan hidup kita.

Yang cemerlang jangan rasa selesa.

Yang biasa-biasa atau kecundang, ia bukan pengakhiran dunia.

SPM hanya satu kaedah ujian. Sebagaimana ujian-ujian Allah SWT kepada kita semua.

Tahniah kepada semua calon SPM 2022!

BACA :

[VIDEO] Lelaki seberat 300kg dibawa ke hospital guna forklift
Influencer ‘najiskan’ kereta Honda padam gambar isteri di Instagram
Nenek usia 62 tahun jumpa jodoh di TikTok