‘Saya dah merasa betapa pendeknya waktu bersama anak-anak’

‘Saya dah merasa betapa pendeknya waktu bersama anak-anak’.

Sekejap sangat tempoh membesarkan anak.

Saya dah merasa betapa pendeknya waktu bersama anak-anak bila tengok Bashir, anak sulung, melangkah keluar dari rumah untuk ke asrama.

12 tahun sahaja Bashir betul-betul tinggal di rumah. Selepas tu rumah hanyalah tempat bercuti.

'Saya dah merasa betapa pendeknya waktu bersama anak-anak'

Dulu bilik Bashir sentiasa ada penghuni. Buku dan alat tulis sentiasa berubah kedudukan. Baju di dalam almari keluar masuk berbau fresh.

Sekarang bila Abah tengok bilik Bashir ni. Kosong. Tak ada pergerakan. Waktu malam ia sentiasa gelap. Bau fresh dah tak ada.

Masa kecik Bashir selalu banyak soalan dia tanya. Soalan-soalan cute. Tapi bila dah remaja, lebih banyak senyap dari bercakap, walaupun hanya berjumpa waktu cuti sekolah.

Bashir dah mula membesar bersendirian bila masuk asrama. Abah dan Mama seolah-olah hanya tengok dari jauh sahaja Bashir membesar.

12 tahun sangat lah cepat. Rasa macam baru je bulan lepas hantar Bashir masuk tadika.

Sama-samalah kita bina memori-memori indah dengan anak-anak, takut nanti bila dah besar baru tersedar cepatnya waktu berlalu. Nak undur dah tak boleh.

Lebihkan banyak masa bersama keluarga. Kurangkan melepak, kurangkan aktiviti dengan kawan-kawan. Dah-dah lah ketagih dengan hp.

Anak nak makan bersuap, layan je lah. Ajak main kejar-kejar, berlarilah. Diorang ajak main sorok-sorok, berbahagialah. Moment begini tidak kekal lama.

Kalau ada ibubapa yang tak nak hantar anak masuk asrama, hormatilah pilihan mereka.

BACA :

Gadis tudung bongkar aib sendiri di TikTok, ‘Tak boleh sampai tekak jangan paksa’
‘Sekarang ni meniaga apa pun cukup terasa, kuasa membeli rakyat dah makin berkurang’
Ayah keluar lepak lama sangat, anak hantar ‘voice note’ membebel cuit hati netizen