‘Saya doa esok mati je bang..’

‘Saya doa esok mati je bang..’

Last week.. petang around this hour.. ada this one customer ride basikal.. singgah beli cucur udang dan nak makan on the spot katanya.

Aku pun sediakan la port yang tak berapa nak ada kat stall ni.. dia pun duduk dengan tenang.. bukak pack cucur udang tu.. habis je dia doa makan dia .. he start to ask.

“Macamana sales bang? ok?..”

'Saya doa esok mati je bang..'

Boleh la. slow tapi better la dari last week. maybe purchase power kurang sikit nowdays.. nothing to complaint. aku jawab konon-konon steady.

Dia angguk-angguk je.. tenang layan cucur udang.. dia pun agree now memang strugle.

He owned an IT company.. tapi income makin drop since habis PKP.. masa awal PKP, meletop-letop bisnes dia.. dapat hire 30 staff.. dapat beli rumah.. and dah selesai bayar pun.. but last 3 months diffrent story.

“Saya terpaksa let go semua staff last month.. tak mampu nak maintain.. sekarang gaji sendiri pun tak dapat cover.

Wife pun dalam same company.. tak dapat dah nak bagi gaji.. masing-masing tengah salahkan masing-masing sekarang ni.. dia cakap saya punca.. saya cakap dia punca haha..”

“Tiap-tiap bulan pening kepala, panjat sana sini nak cover gaji..”

“Sekarang kereta pun tak dapat nak bayar.. abg rasa saya elok sorok ke or let go je?..”

Aku macam.. hmm tak “sure la bang”. senyum je la yang mampu.

Dengan muka dia tadi steady.. tetiba macam menung pasrah je.. sambil suap slow-slow cucur udang tu.. dia continue cerita pasal anak-anak..

Ada 5 orang.. 1st dah grad pilot tapi still tak dapat kerja, 2nd tengah study kat private college.. 40k a year.. semua duduk dengan dia.. yang lain masih sekolah.

“Sebulan dekat 600 700 nak bayar elektrik.. anak-anak ni dah la aircond sorang satu.. saya ni sanggup tidur pakai kipas je.. tapi anak-anak tak dapat nak paham.. ye la.. tak biasa.. kan..”

Dia sambung cerita hal monotorium, hal bantuan capital yang susah nak dapat untuk level-level dia, hal interest rate tengah naik, hal RM USD tengah drop, time susah ni, adik beradik pun tak dapat bantu.

Nak balik kampung pun segan, nak jumpa kawan-kawan pun, kawan-kawan tengah sama susah.

“Saya ni ride basikal petang-petang ni, sebab tak nak mental breakdown.. nak duduk saja pun serabut..”

“Selalu saya ride weekends dengan kawan-kawan, tapi dah nak hujung-hujung bulan ni.. susah hati, nak pinjam kawan-kawan pun berapa sangat la dia orang mampu bagi..”

Dan dia suap cucur terakhir dalam mulut dia when he end that sentence.. aku pun offer air, dia tolak and say tq .. dia kata dia ride memang bawak air.

Selesai makan, dia pun pegang basikal nak beredar.. aku just mampu cakap.

“Thanks singgah bang, moga ada jalan keluar untuk semua masalah abang tu. aminnnnnn.”

Dia tengok aku slow, dengan mata sayu.

“Entah la bang..”

“Saya selalu doa, esok mati je.. sebab tak tahu dah nak hadap hari-hari esok macamana ..”

Dia senyum and make a move.. aku tergamam kat situ tak tau nak respon apa.

Apa pun. moga ada miracle untuk dia bertahan untuk go on the next day.

Dan aku harap dia rasa lega sikit dapat sembang dan kenyang dengan cucur udang tu.. walaupun aku sangat pasti banyak lagi beban yang dia tak cerita.

Harap kawan-kawan pun dalam keadaan baik dan sihat ye. apa pun problem. may thing will smooth soon.

Me. i have nothing to complaint.

BACA :

Rider sanggup naik tangga ke tingkat 34 hantar pesanan! ‘Ada hikmah Allah bagi susah kejap tu’
Ramai tak tahu apa jadi dengan batu Jamrah selepas jemaah haji selesai melontar di Mina
Sayu tengok Khai Bahar pakaikan ibu tudung, ‘Dulu mak paling sibuk kalau sambut Aidiladha’