‘Saya tak faham, doktor. Kenapa dia dapat kanser terus tahap 4 macam ni?’

“Saya tak faham, doktor. Kenapa boleh jadi macam ni? Kenapa dia dapat kanser terus tahap 4 macam ni?”

“Dia masih merokok?”

“Ya”

'Saya tak faham, doktor. Kenapa dia dapat kanser terus tahap 4 macam ni?'

“Saya badan tak gemuk, sangat aktif. Makan jaga. Sekarang doktor cakap saya kena serangan jantung?”

“Kamu merokok?”

“Ya”

“Apa yang Makcik buat salah? Makcik jaga segala-galanya dengan elok. Sekarang doktor kata batuk ni sebab kanser paru-paru?”
– kotak rokok dalam kocek dada suami kelihatan jelas –

“Saya dah penat, doktor. Mana ada anak orang lain kena kanser paru-paru tahap 4 di usia remaja. Apa yang saya buat tak kena?”
Ayahnya masuk bilik consultation, semua orang hampir pengsan bau tambakau.

“Asyik-asyik semput. Doktor punya pam ni semua tak berguna. Buat apa pakai? Bertahun semput dia!”

“Bila dia berhenti rokok?”

“2 minggu lepas”

Betul, ada juga kanser yang berlaku tanpa rokok dan mungkin itulah sebenarnya beban penyelidikan yang harus bergerak untuk membantu pesakit. Namun, terlalu besar nombor yang boleh dielakkan sekiranya tiada rokok.

Semua cerita hampir benar yang berlaku lebih daripada sekali selama berpuluh tahun bekerja.

BACA :

‘Rahsia Nina positif HIV terbongkar dalam pejabat agama. Nina pergi selepas 5 bulan bersama aibnya yang tertutup rapat’
‘Kenapa awak tiada pekerjaan? Awak sihat & kuat’
‘Kenapa letak kasut jauh sangat?’, Senyum je dia nak dapat kasut baharu…