‘Saya tak percaya pada teori beli kereta untuk impress klien, tauke ayam Bismi pun bersungut’

‘Saya tak percaya pada teori beli kereta untuk impress klien, tauke ayam Bismi pun bersungut’.

BELI KERETA UNTUK IMPRESS KLIEN?

Sehingga kini saya tak percaya pada teori sesetengah usahawan “beli kereta untuk impress klien, senang rekrut dan bukti kejayaan bisnes”.

Bagi yang mampu, seumpama Tauke Ayam Bismi, pun bersungut selepas beberapa tahun apabila mendapati harga susut nilai dari RM380,000 ke RM85,000.

'Saya tak percaya pada teori beli kereta untuk impress klien, tauke ayam Bismi pun bersungut'

Bayangkan bagi yang beli untuk acah-acah kaya?

Tak dinafikan, ada sesetengah mazhab bisnes menjadikan amalan beli kereta mahal sebagai dorongan dan motivasi usahawan. Maaf kata, ia biasa berlaku dalam industri MLM, networking, salesman, takaful dan unit trust.

Dalam mazhab ini, apabila ejen / salesman / usahawan beli kereta yang mahal, maka mereka akan bekerja bersungguh-sungguh untuk pastikan installment kereta yang dibelinya.

Salahkah cara tersebut? Tak salah. Memang ia mampu memberi rangsangan kpd usahawan terbabit utk bekerja keras. Sebab dalam mindset mereka, “aku kena kejar sales bulan ni. Kalau tak, kereta kena tarik”.

Tapi maaf, ia bukan mazhab kewangan yang saya amalkan. Jika ada yang amalkan, saya tak salahkan selagi mana lakukan secara legal dan patuh syariah.

Tapi perasan tak, geng-geng skim cepat kaya selalunya amalkan mazhab ini?

Masa saya jadi ejen dan dapat banyak trip ke luar negara, saya close klien pakai kereta kancil. Masa saya naik sebagai Agency Manager, saya hanya pakai kereta Proton Persona yang dibeli dari used car.

Masa saya naik sebagai Group Agency Manager (GAM), saya hanya pakai MPV 2nd hand yang dibeli dengan harga tak sampai RM100K.

Malah masa saya naik jadi GAM, ada ejen saya pakai kereta lebih mahal daripada kereta saya. Hahahha!

Saya beli kereta ikut keperluan dan kemampuan kewangan. Rule of thumb, beli kereta dengan harga tak melebihi total income setahun. Lagi murah lagi bagus.

BACA :

Kecomelan cucu bilionair terkenal, Tan Sri Vincent Tan jadi bualan netizen
Bapa taknak duduk berjauhan, bina rumah seorang satu untuk anak menantu
‘Abah dah tua, entah bila akan pulang semula ke pangkuan-Nya. Yang pastinya masa itu akan tiba’