Sebahagian besar ahli parlimen BN sudah sepakat calon PM, dedah Zahid

Sebahagian besar ahli parlimen BN sudah sepakat calon PM, dedah Zahid. Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan surat akuan bersumpah (SD) mewakili Ahli Parlimen parti itu bagi menamakan calon Perdana Menteri kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, petang ini.

Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sebahagian besar Ahli Parlimen sudah secara bersama membuat keputusan sepakat berhubung hal itu.

Sebahagian besar ahli parlimen BN sudah sepakat calon PM, dedah Zahid

“Hari ini kami Ahli Parlimen BN sudah secara sepakat akan menghantar akuan bersumpah kepada Speaker Dewan Rakyat mengikut tempoh ditentukan pada jam 2 ptg ini.

“Harap Speaker Dewan Rakyat dapat lanjutkan sedikit jangka waktu pada waktu yang lebih fleksibel untuk kami kemukakan SD selepas keputusan dan berdasarkan rundingan yang akan kami lakukan kepada mana-mana pihak,” katanya.

BACA:

Gara-gara janji Muhyiddin, rakyat Malaysia pening isnin cuti atau tidak

Dari cashier kini berjaya genggam PhD, rahsia lelaki ini terbongkar

Kek batik Ameera Khan dikritik, ingatkan sedap