‘Sedap’ cuti panjang, 800 pelajar sekolah menengah tak nak pergi sekolah sebab dah kahwin

Ratusan pelajar sekolah Menengah di Sumatera Barat, Indonesia dilaporkan tidak mahu masuk semula ke sekolah serta menolak untuk masuk semula ke sekolah kerana kebanyakan daripada mereka didakwa sudah bekerja dan berkahwin.

Kenyataan tersebut dinyatakan sendiri oleh Ketua Pejabat Pendidikan Sumatera Utara, Wan Syaifuddin, di Medan pada Selasa.

BACA JUGA : Gempar !!! Ketua penerangan Warisan keluar parti, ini penjelasannya..

Syaifuddin mendakwa bahawa kira-kira 700 hingga 800 pelajar sekolah menengah di Sumatera Utara tidak hadirmengikuti pembelajaran sejak sekolah dibuka pada 1 September yang lalu.

Beliau juga menjelaskan terdapat beberapa sebab mengapa murid-murid ini tidak mahu mengikuti persekolahan secara fizikal.

BACA JUGA : Parti Negara Malaysia akan dilancarkan, Ini penjelasan Zuraida

“Ada yang sudah bekerja,” kata Syaifuddin selepas menghadiri Bengkel Pendidikan di Hotel Four Points, Medan, Selasa lalu.

Beliau mendedah, ada beberapa pelajar sekolah menengah di Sumatera Utara yang sudah mula bekerja. Mereka sudah terbiasa memperolehi wang, disebabkan itu mereka lebih memilih untuk tidak hadir ke sekolah.

BACA JUGA : Mulai 1 November, 43 jenis ‘smartphone’ tak boleh akses Whatsapp

Selain bekerja, ada juga sebilangan ibu bapa yang tidak membenarkan anak mereka untuk hadir ke sekolah. Ianya kerana, mereka bimbang anak-anak mereka akan dijangkiti COVID-19.

Bahkan, ada juga sebilangan pelajar yang tidak bersekolah kerana sudah berkahwin.

Walaupun begitu, Syaifuddin belum dapat menyatakan angka sebenar pelajar sekolah menengah yang telah berkahwin kerana sudah terlalu lama sesi persekolahan diadakan secara atas talian.

“Kami belum menerima data. Saya baru menerima maklumat. Saya menerima maklumat itu menerusi Ketua Pejabat Cawangan yang berkomunikasi dengan pengetua,” katanya.

Sumber – SK