‘Sekarang ni meniaga apa pun cukup terasa, kuasa membeli rakyat dah makin berkurang’

‘Sekarang ni meniaga apa pun cukup terasa, kuasa membeli rakyat dah makin berkurang’.

Khamis lepas aku minta sahabat aku masak untuk majlis bacaan yasin ditempat kami.

Memandangkan dia memang menjual ditepi jalan waktu pagi aku akan meminta dia sahaja uruskan dari segi masakan sampailah selesai, dan dia tahu apa keperluan kami.

Selalunya dia akan buat dahulu dan claim kemudian, tapi kali ini berlainan.

'Sekarang ni meniaga apa pun cukup terasa, kuasa membeli rakyat dah makin berkurang'

Dia minta bayaran dahulu, aku pun pelik lah, bab bayaran tiada masalah bayar dahulu ke ataupun selepas memandangkan memang dah siap peruntukkan.

Selalunya dia akan menolak, kalau kami nak bayar dahulu.Beliau akan meminta dibayar selelas semuanya selesai.aku pun bertanya kepadanya ,kalau ada apa apa masalah.

“Weh, hang ada masalah apa ka? ”

“Tak ada aihh , maaflah weh, kali nih aku terpaksa minta modai sikit , tak lepas kali nih,modal niaga aku pun dah teruk la nih, hang tau lah meniaga la nih , aku masak nasi 5 kilo pun tak habis, kadang kadang terpaksa buang, orang tak membeli sangat”.

“Ya Allah, aku ingatkan restoren ja yang teruk, hampa pun sama jugak ka.? Panda dengan grab lagu mana?”

“Sama ja, Panda dulu boleh lah dapat 40 ke 50 order sehari. la nih ka, 20 order pun sakit, orang berhenti tak payah habaq lah. Pekerja aku pun 2 orang aku tak mampu nak gajikan.”

“Allah, sabaq nuh.”

Sekarang nih meniaga apa pun cukup terasa, kuasa membeli rakyat dah makin berkurang, mungkin disebabkan barang keperluan dan naik harga, orang ramai terpaksa berjimat cermat dan salurkan kepada yang perlu sahaja.

Memang terasa bahang dia, kami pun dalam fasa bertahan sahaja, macam macam kami buat untuk menarik pelanggan .

Doakan kami semua pulih dan dapat melepasi fasa ini , ekonomi kita pulih seperti sedia kala .

BACA :

Pilu, anak terjumpa ayah di penjara ketika lawatan sekolah

Berita buruk buat pengguna Android, Google akan menutup fungsi ‘Album Archive’

Petua elak kucing berak merata, hanya guna 2 bahan sahaja