Selepas akibatkan rider Ducati maut kerana lawan arus, individu mengaku OKU sakit mental

Selepas akibatkan rider Ducati maut kerana lawan arus, individu mengaku OKU sakit mental.

Penunggang motosikal yang melawan arus sehingga menyebabkan kematian penunggang Ducati Panigale mengaku Orang Kurang Upaya (OKU) dan menerima rawatan sebagai pesakit mental.

Menurut laporan Sinar Harian, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) iaitu Izleen Ismail berkata, anak guamnya, Mudzyadaha Mohammad telah menerima surat rujukan daripada doktor.

Selepas akibatkan rider Ducati maut kerana lawan arus, individu mengaku OKU sakit mental

Mengaku OKU & sakit mental

Mudzyadaha ducati

Izleen berkata, anak guamnya yang berusia 42 tahun itu menerima surat tersebut sewaktu ditahan di sebuah hospital di Kajang selain turut mendapat ubat bagi rawatan psikiatri.

“Semasa kejadian, anak guam tidak berfikir dengan waras sehingga berlakunya pelanggaran, jadi saya mohon agar mahkamah membenarkan dia menjalani ujian psikiatri mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya.

Sebelum ini, Izleen berkata, tertuduh merupakan seorang OKU dan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Timbalan Pendakwa Raya, Annur Athirah Amran pula berkata, dia tidak membantah dengan permohonan peguam tersebut.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Majistret Amalina Basirah Md To membenarkan tertuduh menjalani ujian psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Tertuduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan menunggang motosikal secara melawan arus sehingga menyebabkan kematian penunggang motosikal, Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64.

ewaf

Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di kilometer 22.2 Lebuh Raya SUKE berhampiran Ulu Kelang sekitar jam 1.10 tengahari pada 14 Jun lalu.

BACA :

[VIDEO] Ayah pemandu lori berhenti di jambatan pejalan kaki hanya untuk berjumpa keluarga
‘Siapa yang dah beli rumah secara loan dengan bank , cuba selak balik loan agreement korang’
Beri nombor pin bank & renew khairat kematian, bapa buat persiapan tinggalkan keluarga, ‘Kamu tak perlu keluar 5 sen pun’