Selepas hilang beberapa hari, kucing kembali dengan ‘bil’ ikan untuk dibayar pemiliknya

Tidak seperti anjing, kucing biasanya tidak dipelihara dengan tali dan selalunya bebas untuk meneroka tempat sendiri. Selalunya mereka tahu bila hendak pulang dan mungkin pulang membawa ‘hadiah’ .

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang pemilik haiwan peliharaan di Thailand menyedari bahawa kucing mereka telah hilang.

Halaman Facebook komuniti ช้างเผือก menyiarkan foto dengan kapsyen yang berbunyi, “Pulang ke rumah selepas tiga hari dengan hutang. #catslaves”

Inilah puncanya:

Selepas hilang beberapa hari, kucing kembali dengan 'bil' ikan untuk dibayar pemiliknya

Diikat di leher kucing berbulu itu adalah sekeping kadbod kecil dengan nota untuk pemiliknya

TheSmartLocal Thailand menterjemah mesej itu yang berbunyi:

“Kucing awak asyik merenung ikan kembung di kedai saya, jadi saya beri dia tiga ekor ikan kembung. Aunty May di lorong no. 2.”

Ia termasuk nombor telefon dan lokasi kedai Aunty May untuk pemilik menghubungi dan membayar hutang kucing.

Imej daripada ช้างเผือก (Facebook)

Adakah kucing itu menyesal? Malu dengan apa yang dilakukannya? Tidak sedikit pun.

Berikut ialah fotonya yang duduk tanpa rasa bersalah dan seolah-olah tidak sedar akan kejahatannya:

Imej daripada ช้างเผือก (Facebook)

BACA :

Zaki Yamani kena ‘sound’ dengan Jamal Abdillah, disangka doakan kematian Hadi Awang
Tips masak nasi lemak guna santan kotak, pastikan santan menggelegak baru masuk beras
Selepas 50 tahun, Fauziah Nawi diberi gelaran Datuk, ‘Syukur… penghargaan ini diberikan ketika masih hidup’