Selepas kehilangan ketua keluarga, 9 beranak tak mampu bayar sewa diminta keluar rumah

Selepas kehilangan ketua keluarga, 9 beranak tak mampu bayar sewa diminta keluar rumah.

Sembilan beranak di Taman Sutera Emas, di sini terpaksa melalui kehidupan sukar selepas pemergian ketua keluar­ga, malah mereka kini diminta untuk keluar dari rumah sewa kerana gagal membayar sewa tertunggak selama 10 bulan.

Menurut Siti Suryati Sani, 41, pergelutan hidup keluarganya bermula selepas suami, Khirul Azlizam Mohamed@Mohamed Daud, 41, mengalami masalah jantung sejak Januari lalu.

“Arwah suami bekerja sebagai paramedik di atas kapal (offshore) dan keadaan kesihatannya merosot pada Januari lalu disebabkan tiga saluran jantung tersumbat.

Selepas kehilangan ketua keluarga, 9 beranak tak mampu bayar sewa diminta keluar rumah

“Pada 11 Mei lalu, kakinya pula membengkak dan saya minta tolong jemaah masjid untuk bawanya ke hospital.

“Bagaimanapun, dalam masa seminggu, masalah itu merebak pada hati serta buah pinggang sebelum arwah meninggal dunia pada 26 Mei lalu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini, semalam.

Dia berkata, segala perbelanjaan perubatan suami dan anak-anaknya yang berusia antara 10 bulan sehingga 15 tahun sebelum in menggunakan semua simpanan yang ada.

Malah dia terpaksa menjual barang kemas demi menampung keperluan harian.

“Lampin dan susu anak sahaja RM400 sebulan, kalau dikira perbelanjaan kami sekeluarga, arwah sebelum ini memang bekalkan kami RM3,000 sebulan.

“Simpanan kami memang sudah habis, manakala persekolahan anak-anak kini ditampung oleh adik-beradik saya.

“Sewa rumah pula sudah tertunggak 10 bulan dan tuan rumah minta kami untuk keluar dalam masa terdekat, mungkin saya akan pindah ke rumah arwah ayah di belakang taman ini,” katanya.

Tambahnya, dia sedang memohon pencen penakat Allahyarham untuk mengurangkan beban, tambahan pula dia tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga anak-anak.

“Anak saya berusia 13 tahun yang bersekolah di tahfiz juga terpaksa menangguhkan pengajian bagi membantu menjaga adik-adik dan bapanya ketika masih dirawat di hospital,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank 104068086569 atas penama Siti Suryati Sani.

BACA :

‘Anda mungkin lupa PM kebanggaan anda merayu kepada PM kami supaya selamatkan negara anda’
Hanya bermodalkan RM30 pelajar buat aircond DIY, “Untuk bilik kami, memang terasa sejuknya”
Rakaman kapal selam bernilai $2 bilion USD muncul dari lapisan ais tebal di tengah lautan artik