‘Selepas peristiwa ini saya dah tak guna motor lagi, kadang ujian ini adalah cara untuk Tuhan bercakap dengan kita’

‘Selepas peristiwa ini saya dah tak guna motor lagi, kadang ujian ini adalah cara untuk Tuhan bercakap dengan kita’.

Sebelum ini saya runner laptop dan komputer naik motor.

Namun, selepas satu peristiwa ini saya dah tak guna motor lagi, walaupun kosnya sangat murah, mudah dan cepat.

'Selepas peristiwa ini saya dah tak guna motor lagi, kadang ujian ini adalah cara untuk Tuhan bercakap dengan kita'

Saya dapat panggilan dari sebuah ofis untuk servis 2 buah komputernya. Saya terus bergerak ke sana dan buat pemeriksaan.

“Puan, dua komputer ni rosak hardware. Maksudnya, saya kena bawa ke kedai dan tukar barangnya. Kemudian siap semua saya hantar sini semula”

“Oh begitu. Baik, boleh ustaz”

Saya pun angkat dua buah komputer yang gabak dan besar ni. Terfikir macamanalah nak bawa ni. Dengan menaiki motor.
Pusing punya pusing, beli tali dan ikat di pinggang. Selesai.

Dalam perjalanan, terbayang rezeki hari ni. Alhamdulilah. Sebab ni pertama kali orang nak servis setelah bertahun iklan.

Sampai sahaja di simpang berhampiran kedai, tiba-tiba tayar belakang meletup dan pecah. Saya tak dapat kawal motor, terbabas dan langgar pembahagi jalan. Saya tercampak bersama komputer yang sedang di bawa.

Pang! Pecah berderai dua-dua komputer ni. Habis!

Saya masih terbaring di jalan. Sakitnya belakang sebab tergolek tadi. Saya gagahkan bangun. Alhamdulilah, ada kereta yang berhenti dan tolong kutipkan serpihan komputer yang pecah.

Saya pandang komputer tu.

“Ya Allah..ya Allah..ya Allah”

Terbayang dah berapa ribu nak kena ganti ni. Saya tak tahan dah. Saya menangis juga di tepi jalan. Saya jerit sekuat hati.

“Tuhannnnnnnnnnnnn!”

Saya gagahkan diri, ambil telefon dan call terus pada ofis tersebut.

“Assalamualaikum puan”

“Ya ustaz”

“Saya..saya..saya…”

Tak mampu nak teruskan. Saya sebak. Dan saya ceritakan semua.

“Takpe. Takpe. Ustaz bawa je semua komputer ke pejabat semula”

“Tapi semuanya dah rosak puan”

“Takpe. Takpe. Bawa je”

Sampai sahaja ke ofis tersebut, saya terus di bawa ke klinik yang berhampiran. Pelik sungguh. Puan tadi tak marah, takde apa-apa. Malah, dia yang bawa saya ke klinik, bayarkan semua.

“Ustaz, sebenarnya saya yang patut minta maaf pada ustaz. Saya tersilap bagi komputer. Yang ustaz bawa dua buah tadi tu, itu semua memang dah lama rosak dan saya dah minta staf buang. Tapi, dia lupa. Dia letak juga kat situ.

Yang nak baiki ni, komputer lain”

Allah! Terdiam saya.

“Jadi, ustaz begini. Saya rasa malas lah nak baiki-baiki ni. Yang dah rosak tu takpe. Buang je. Sebab memang nak buang kan? Saya nak beli 4 buah komputer baru. Sebab saya bersalah sangat dengan ustaz ni!”

Kalian,

Kadang ujian ini adalah cara untuk Tuhan bercakap dengan kita.

Tuhan sedang nak beri sesuatu yang lebih baik dari apa pun yang sedang kita usahakan hari ini.

Sebab itu, ujian yang datang kita kena banyak belajar dan bercakaplah dengan Tuhan.

Di waktu diuji, minta Tuhan kuatkan iman agar sabar. Agar kita tak menyalahkan sesiapa. Menyalahkan keadaan.

Menyalahkan orang.

Benar sakit.

Namun, dari sabar kita akan mendapat nikmat paling manis.

Kita kan layak diuji?

Sebab kita selalu lupakan Allah setiap hari?

Maka, kita akan terus kuat bila di uji. Kita akan belajar sabar dan redha dalam setiap ujian dan kepahitan yang di lalukan Allah dalam hidup ini.

Sungguh, satu hari nanti kita akan rindukan kehidupan yang susah dahulu, kerana waktu susah itu kita selalu ada bersama Allah.

Tiap waktu.

Tiap pada airmata yang menitis selalu.

Allah, Tuhan yang memberikan nikmat lebih dari ujian.

BACA :

Ahli perniagaan “scam” orang dihukum penjara 1,155 tahun
Anak jenis suka makan nasi kosong tanpa lauk, si ayah naik murung
Beri nombor pin bank & renew khairat kematian, bapa buat persiapan tinggalkan keluarga, ‘Kamu tak perlu keluar 5 sen pun’