Semakin ramai mahu ahli parlimen Sarawak jauhkan diri dari PN & PAS

Semakin ramai mahu ahli parlimen Sarawak jauhkan diri dari PN & PAS. Lebih 26,000 pengguna media sosial di Sarawak telah menandatangani petisyen menggesa Ahli Parlimen (MP) Sarawak menganut agama Keistiam menolak kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) atau Parti Islam Se-Malaysia (Pas).

Petisyen yang dilancarkan oleh Parti Sarawak Bersatu (PSB) itu telah dimulakan pada Selasa, 22 November melalui lawan sesawang change.org dan kini mensasarkan sehingga 35,000 tandatangan.

Kandungan petisyen tersebut memperincikan gesaan kepada 13 orang MP Sarawak yang beragama Kristian sebagai bukti sokongan kepada pendirian negeri itu sebagai model keharmonian dalam berbilang kaum dan agama.

Kesemua MP tersebut terdiri daripada empat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) iaitu Datuk Willie Mongin (Puncak Borneo) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (Kapit), Datuk Henry Sum Agong (Lawas) dan Richard Rapu (Betong).

Sementara lima lagi MP daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Doris Sophia Brodi (Sri Aman), Roy Anger Gingkoi (Lubok Antu), Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit), Datuk Wilson Ugak Kumbong (Hulu Rejang), dan Edwin Banta (Selangau).

Semakin ramai mahu ahli parlimen Sarawak jauhkan diri dari PN & PAS

Petisyen tersebut juga ditujukan kepada dua MP daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Ruchard Riot Jaem (Serian), Datuk Seri Huang Tiong Sii (Sarikei), dan seorang MP Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Tiong King Sing (Bintulu) serta MP tunggal PN, Datuk Ali Biju (Saratok).

Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan, Baru Bian menggesa Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak sebarang kerjasama dengan PN dan parti komponennya, Pas bagi membentuk kerajaan persekutuan kerana parti itu “pentaksub perkauman”.

Beliau yang juga bekas ketua PKR Sarawak berkata, MP di negeri itu perlu mengekalkan keharmonian yang wujud dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Sarawak.

Capaian petisyen tersebut masih aktif dan masih menerima maklum balas daripada pengguna media sosial di Facebook dan aplikasi WhatsApp.

BACA:

Tok Mat dituntut letak jawatan, ini puncanya

Joey & Watie kongsi rahsia anak cemerlang pelajaran, kena tegas

Pakai baju kurung tapi pegang rokok, Sakinah kena bambu dengan netizen