‘Semalam tular tentang influencer yang duduk di rumah flat PPR & dikecam netizen’

Semalam tular tentang influencer Syamimi yang duduk di rumah flat PPR & dikecam Nurtizen. Kak Banat terus pergi cari sis ni kat TT.

Ternyata akak tenggelam tengok semua video Syamimi yang humble & tak fake tentang kehidupannya.

Ya dia duduk flat PPR jadi kenapa? Adakah seseorang yang duduk PPR wajib rumahnya bersepah, tak terurus dan tak boleh hidup bahagia?

'Semalam tular tentang influencer yang duduk di rumah flat PPR & dikecam netizen'

Tahu tak syarat kelayakan untuk memiliki rumah PPR ni amat ketat? S kata, dia layak & lulus beli rumah tu waktu ikut tangga gajinya yang lama. Tak boleh ke seseorang yang duduk di PPR ni ada peningkatan kerjaya macam semua manusia kat dunia ni?

Semua barang yang dia letak di rumahnya, adalah hasil kerja keras, barangkali setelah dia punya pendapatan sebagai influencer.

Kak Banat dari dulu sakit kepala dengan orang yang suka sangat cari salah orang lain, sedangkan begitu banyak kebaikan yang kita boleh dapat dari sharing sis ni.

Nak tau apa benda yang akak dapat lepas tengok video S di TT? Joms akak bantu senaraikan, kalau-kalau ada yang belum jumpa lagi sisi baik sharing sis ni.

1. Menjaga ekonomi keluarga dengan masak setiap hari. S akui jarang makan luar & masak lauk simple saja untuk keluarga kecilnya. Telur goreng & pakchoy ialah lauk kebiasaan mereka.

2. S tunjuk saja kereta Axia yang dia pakai & pergi picnic bawa pinggan mangkuk beli kat kedai eco. Rilek je.

3. Semua ahli keluarga turun padang bantu siapkan masakan kat dapur. Suami & anaknya Malik langsung tak kekok buat semua kerja dapur.

4. Tunjuk sisi bahawa, membesarkan anak lelaki bukan seperti membesarkan anak raja. Wajib masuk dapur dan siapkan makanan bersama.

5. Nilai kekeluargaan yang tinggi. Duduk & makan bersama, baca doa makan sama-sama. Mak, ayah, anak saling bersuapan.

6. Soft spoken kepada anak & suami. Mata lalat mesti akan cakap; eleh depan kamera bolehlah! Takpelah mokcik, sekurang-kurangnya dia educate people untuk buat perkara yang baik.

7. Boleh tengok peribadi anaknya Malik yang amat soft spoken, rajin membantu & teliti. Anak ialah cerminan sikap ibu bapa.

8. S tunjukkan, kita kena usaha untuk dapatkan apa yang kita nak, walau apapun status kewangan kita. Dia tak mencuri pun. Dia usaha melalui platform di media sosial.

9. Susunan barang yang minimalis dan amat teratur. Sesuai untuk keluarganya yang kecil.

10. Menyampaikan mesej jelas kepada semua yang menonton videonya bahawa, kita tak perlu jadi kaya untuk bahagia. Bahagia ada dalam hati kita, minda & atitude yang positif membentang jalan kita menuju bahagia.

Beberapa bulan lepas sebenarnya, akak pernah juga pernah baca tentang kehidupan kecil syamimi ni dan bagaimana dia set hidupnya sekarang untuk keluar dari kepompong kehidupan sukar waktu dulu. She made it alhamdulillah. Proud of her.

Ibu ayahnya kedua-duanya adalah OKU penglihatan dan jodoh mereka tak panjang. Tapi Syamimi ni sangat cemerlang waktu belajar di sekolah. Strong girl she is.

Akhirnya,

Akak mengajak semua untuk memahami hakikat bahawa kehidupan di dunia ini tiada yang ideal. Hidup ideal hanya di syurga abadi.

Tak ada walau seorang makhluk pun yang berjalan di muka bumi Allah ini tanpa sebarang ujian. Dunia ini adalah pentas ujian.

Ujian harta, kerjaya, anak-anak,

Bahkan yang seringkali teruji dan kita struggle dengannya ialah ujian keimanan.

Moga kita terus sabar & gagah melalui ujian-ujian ini. Semoga semuanya adalah pahala disisiNya selagi mana kita usaha & redha.

Selamat maju jaya untuk sis Syamimi,

Semoga kehidupan sis lebih baik selepas ni dan dalam bimbingan serta rahmat & kasih sayang Allah.

Last sekali, untuk NURtizen yang kecam,

Akak just nak cakap, “Engko ni dah kenapa?!”

BACA :

‘Ada orang bagi aku air mineral kayangan, dapatlah rasa kualiti air imported ni dan kenapa harga dia tinggi’
‘Kena faham.. Sarawak sebesar semenanjung.. Sabah separuh Sarawak..’
‘Kalau bawa kereta Kancil orang suruh saya parking jauh-jauh, kalau bawa Lamborghini terus panggil Dato’