Semua sami kena angkut sebab positif dadah, tokong sunyi

Semua sami kena angkut sebab positif dadah, tokong sunyi. Sebuah tokong Buddha di tengah Thailand kosong selepas kesemua sami yang berada di rumah ibadat itu ditahan kerana gagal dalam ujian dadah.

Seramai empat sami termasuk ketua tokong di wilayah Phetchabun disahkan positif methamphetamine dalam ujian tersebut.

Polis melakukan serbuan di tokong berkenaan selepas mendapat aduan mengenai penyalahgunaan dadah di rumah ibadat tersebut.

Semua sami kena angkut sebab positif dadah, tokong sunyi

Sehubungan itu, kesemuanya ditahan dan dibawa ke kelinik bagi menjalani pemulihan dadah.

“Tokong itu kini kosong dan banyak penduduk kampung bimbang kerana mereka tidak berpeluang menunaikan nazar tanpa kehadiran sami,” kata jurucakap pihak berkuasa, Boonlert Thintapthai.

Thailand merupakan antara negara transit paling aktif dalam penyeludupan methamphetamine dari Myanmar.

Dalam pasaran di negara ini, sebiji pil dadah itu dijual pada harga kurang 20 baht (RM2.50).

BACA:

Padah buat seks dalam jakuzi, pasangan dicekup dan bakal dipenjara

Eksport terbesar Oktober 2022 disumbang oleh Pulau Pinang

Penceramah bebas didakwa lakukan 9 kes rogol, amang seksual