Senang je lembutkan daging liat guna teknik ni, 15 minit je. Setiap kali nak masak menu berlaukkan daging, mesti ramai yang pening kepala. Berjam-jam tunggu tapi daging masih liat, sampaikan bahan lain hampir hancur dibuatnya.
Selepas ini, masalah anda pasti akan selesai dan lebih mudah untuk menyediakan menu berasaskan daging. Di laman TikTok milik @limaunipisofficial telah berkongsikan cara lembutkan daging dan resipi daging blackpaper.
Rupanya sangat mudah. Jadi selepas ini tak perlu kita tunggu lama lagi. Mudah sahaja nak lembutkan daging dan boleh terus masukkan bahan yang lain untuk hidangan daging blackbapper.
Bahan-bahan Perapan:
1. Kicap cair
2. Minyak masak
3. Lada putih
4. Tepung jagung
Bahan-bahan Menumis:
1. Bawang putih
2. Cili merah
3. Bawang holland
Bahan-bahan Sos:
1. Sos tiram
2. Sos blackpaper
3. Kicap cair
4. Lada hitam
5. Gula
6. Garam
7. Tepung jagung
8. Sedikit air
Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan. Mudah Rupanya Caranya
Pertama sekali perhatian arah urat dan hiris daging melawan arah urat. Kemudian hiris daging nipis-nipis sahaja.
Tips nak hiris pastikan daging separuh beku lagi senang. Daging ini digunakan bahagian yang liat.
Selepas itu, bahan rahsia untuk lembutkan daging iaitu 1 sudu soda bikarbonat. Bancuhkan soda bikarbonat dengan setengah cawan air. Kacau sehingga larut.
Teknik ini selalu digunakan di restoran Cina untuk lembutkan daging dengan cepat.
Akhir sekali, masukkan daun bawang. Dah siap!
Tips:
Teknik soda bikarbonat ini hanya sesuai digunakan untuk goreng-goreng dan tidak sesuai untuk buat rendang dan sebagainya.
BACA:
Jawapan mak cik ini bile ditanya nak tulis apa atas kek dibeli buat pekerja sebak
Penyanyi ini nekad tinggalkan dunia nyanyian, penampilan terkini dapat pujian