‘Sensei anggap awak macam anak sensei sendiri, mestilah sensei doakan’

“Sensei, sensei.. Sekejap.”

Aku baru nak gerak ke padang, anak gadis ni berlari sambil memanggil aku.

'Sensei anggap awak macam anak sensei sendiri, mestilah sensei doakan'

“Hah, kenapa?”

Soal aku kepada dia.

“Nanti saya dan kawan-kawan ada pertandingan peringkat daerah. Sensei doakan kitorang k.”

Pinta dia dengan wajah ceria.

“La, ingatkan apa la tadi. Jangan risau, sensei anggap awak macam anak sensei sendiri, mestilah sensei doakan.”

Terdiam dia bila aku cakap begitu. Matanya berkaca.

“Sedih pulak dia. Tak payah la menangis.”

“Tak sensei. Saya cuma rasa terkilan.”

Kata-kata dia kali ni mengejutkan aku.

“Kenapa pula awak terkilan?”

“Saya terkilan la, sensei cakap sensei anggap saya macam anak sendiri.”

Jawab dia lembut.

Aku dah mula nak tergelak.

“kamu ni. Bukan terkilan la. Terharu… Terharu.”

“Oh ye ea?.”

Budak bertuah. Sabor jelah. ‘Terkilan’ dan ‘terharu’ tu jauh nau beza maknanya.

Haih. Nebes titew wak.

Titik.

BACA :

‘Ada dua ni jer, gerenti Misi tak kena pantau dek BNM’
Universiti antarabangsa buat kajian adakah lembu rasa sakit jika disembelih cara Islam, hasilnya mengejutkan
Rider sanggup naik tangga ke tingkat 34 hantar pesanan! ‘Ada hikmah Allah bagi susah kejap tu’