‘Sensei kenapa ‘Takoyaki’ di Malaysia ni di dalamnya ada ayam?’

Ketika bercerita tentang beberapa jenis makanan Jepun dalam kelas pagi semalam, seorang pelajar ni bertanya, “Sensei kenapa ‘Takoyaki’ di Malaysia ni di dalamnya ada ayam?”.

Aku tergelak kecil dengan soalan dia tu. Sebenarnya bukan setakat ayam. Macam-macam lagi ‘filling’ yang ada kalau tak salah daripada pengamatan aku.

'Sensei kenapa 'Takoyaki' di Malaysia ni di dalamnya ada ayam?'

Tapi kenapa pula dia bertanya begitu?.

Sebabnya, bila aku terangkan maksud perkataan ‘Takoyaki’ tu begini,

Tako = Sotong ( kurita )

Yaki = bakar/panggang

Asal ‘Takoyaki’ ni bermula di Osaka Jepun. Isi utamanya tentulah sotong. Nama pun ‘Takoyaki’ kan. Tak tahulah kalau sekarang dah ada macam-macam rasa lagi.

Di Malaysia pula kenapa ada macam-macam dalam ‘Takoyaki’ tu?.

Sebabnya tekak Orang Malaysia ni mudah bosan dengan satu rasa. Kalau makanan mesti nak ada kepelbagaian. Baru ada ummph gitu.

Selain itu, kebolehan Orang Malaysia untuk ‘tiruvasi’ sesuatu perkara tu amat tinggi menjadi faktor kenapa ‘Takoyaki’ di Malaysia ada ‘filling’ lain selain sotong.

Nampak, walaupun daripada segi keaslian bahan utama Takoyaki tu sendiri adalah sotong. Namun untuk mengekalkan keasliannya di negara luar amatlah sukar.

Korang yang gemar makan ‘Takoyaki’, sekarang dah tahu kan maksud sebenar perkataan ‘Takoyaki’?.

Apalagi order la Food Panda belanja sensei untuk ilmu hari ni. Saya pun tiba-tiba teringin makan Takoyaki ni.

Bahasa Jepun Seminit.

BACA :

Kucing tular suka tenung CCTV baharu dibeli pemiliknya
Suka travel sana sini, ibu pilih Makkah sebagai destinasi terakhir sebelum pergi buat selamanya
[VIDEO] Ayah pemandu lori berhenti di jambatan pejalan kaki hanya untuk berjumpa keluarga