Seorang ibu stress dengan PdPR,Seorang guru bantu menjelaskan

Baru baca tadi seorang ibu yang stress dengan PdPR. Hinggakan dia dah nekad. Tak mahu ikut lagi sesi yang pihak sekolah laksanakan. Sampaikan dia terpaksa masuk bilik air dan siram kepala pakai shower.

Mujur dia masih realistik dan buat sesi pengajaran sendiri. Buat silibus sendiri. Abaikan terus sesi pdpr sekolah. Dan kita tidak boleh menghalang ibu bapa memberikan yang terbaik untuk anak anak.

Aku berharap pada ibu bapa. Agar jangan sampai tertekan. Tarik nafas dalam dalam. Pendidikan era ini boleh jadi fleksibel. Tidak lagi rigid macam sebelum covid menyerang. Kalau ibu bapa stress, bayangkan anak anak kita.

Guru guru hanya melaksanakan tanggungjawab seperti yang diarahkan. Lantas kita dapat melihat sisi ibu bapa yang terpaksa menguruskan pembelajaran anak anak yang sebelum ini di subcon kepada sekolah. Tanpa ambil pusing apa yang berlaku.

Apa yang positif(bukan covid) aku lihat ibu bapa mula cakna tentang pembelajaran anak anak. Dulu ibu bapa tak tahu menahu apa yang anak anak belajar. Yang penting anak dia dapat naik pentas dan dapat result cemerlang untuk dia kongsi dalam media sosial.

Hari ini ibu bapa bertungkus lumus sekali. Kena check muka surat berapa. Kena check whatsapps bagai. Dah la cikgu cikgu ni kreatif terlajak. Sekejap kelas online google meet la, teams la zoom la. Nasib baik tak ada ratusan apps.

Group pula dah macam cendawan lepas hujan. Membiak penuh subur. Ratusan mesej masuk siang malam. Belum lagi telegram dan bermacam jenis link yang perlu ditekan.

Parent..tenang tenang aja ya.

Naratif kita berbeza. Tahap anak anak kita juga berbeza. Usah terlalu skeptikal dan mahu anak anak kita jadi macam anak anak orang lain. Hikmah pandemik ini besar sekali. Barulah kita tahu susah payah anak kita belajar. Lepas ini tak perlu lagi cengei dengan anak anak tentang belajar.

Bayangkan kalau mak ayah dah penat dan stress..macam mana dengan anak anak kita yang bebannya tergalas di bahu mereka. Mak ayah stress boleh siram kepala dengan shower sambil berfikir. Anak anak kita bagaimana? Mahu rendam dalam timba atau swimming pool?

Aku hanya akan cerita tentang definisi masalah. Solusinya kita fikir selepas ini. Kadang kadang keghairahan ibu bapa yang terlampau menjejaskan erti sebenar pdpr. Biar anak anak eksplore. Biar anak anak baca whatsapp group dan buat apa yang perlu.

Nampak macam lepas tangan kan? Tidak. Waktu ini lah kita didik tentang erti tanggungjawab. Ibu bapa memantau dan beri sokongan. Bukannya tolong buat homework dan hantar report sampai berjela group whatsapps. Bukannya serabut tentang apa yang guru buat dalam pdpr. Itu kerja dia. Biarkan dia selesaikan.

Guru pun bimbang anak didik dia ketinggalan. Tahulah dia cari kaedah supaya semua anak didik dia mencapai objektif. Kalau tak, dia yang kena jawab dengan pihak atasan. Mak ayah jangan bimbang.

Ibu bapa….tenang tenang ya…panjang lagi ni.

Apa yang kita mahu untuk anak anak kita? Apa yang kita mahu anak kita jadi? Masuk bilik air..siram dengan shower dan fikirkan 2 soalan ini.

Fahami konsep sebenar pendidikan era baru ini. Guru guru pun kini bukan lagi mengajar. Guru guru adalah fasilitator dan pemudahcara. Biarkan anak anak kita berkembang. Tugas kita susun dan pantau. Jangan hanya mahukan keputusan segera. Tanam pokok durian esok belum berbuah lagi. Sabar. Siram dan bajai. Barulah buahnya elok dan ber gred A.

Guru guru pulak macam mana?

Biarlah mereka buat kerja mereka. Mereka kan dibayar. Potong sajalah gaji mereka.

Guru guru yang ada anak sekolah?

Tuhan ada. Yang penting tanggungjawab kepada anak orang dulu. Itu amanah. Anak sendiri pandai pandailah.

Kan dah kursus pengurusan stress tahap 8. Guna je la.Sumber: