Seorang pekerja binaan maut dihempap perancah besi

Seorang pekerja binaan warga Bangladesh maut dipercayai dihempap perancah besi yang membawa muatan ‘metal deck’ di aras lapan tapak projek pelupusan sampah (Cypark) di Tanah Merah di sini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian pada pukul 2 petang semalam, mangsa, Shonamoni Ghosh, 38, yang tidak sedarkan selepas dihempap besi tersebut telah di bawa ke Klinik Kesihatan Lukut untuk pemeriksaan lanjut.

“Semasa di Klinik Kesihatan Lukut, pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

May be an image of outdoors

“Pihak polis telah ke lokasi kejadian di aras 8 tapak projek Cypark Tanah Merah, Port Dickson dengan berpakaian lengkap peralatan perlindungan diri (PPE) untuk menjalankan siasatan awal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Aidi Sham, hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat dihempap oleh perancah besi yang mempunyai muatan ‘metal deck’.

“Pemeriksaan luaran ke atas mangsa mendapati tidak terdapat sebarang kecederaan luaran pada tubuh badan mangsa.

“Selain itu, tiada sebarang unsur perlakuan jenayah dan kejadian merupakan satu kemalangan di tempat kerja,” katanya.

Jelas beliau, mangsa seterusnya telah dibawa ke Hospital Port Dickson untuk proses bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/14/pekerja-binaan-maut-dihempap-perencah-besi/