Seorang wanita menyebabkan enam lelaki bertumbuk depan kedai buah

Gara-gara berebutkan seorang wanita, enam lelaki bertumbuk dan bergelut di hadapan Kedai Fruits City, Jalan Kwang Tung, di sini.

Keenam-enam lelaki tempatan berusia 15 hingga 24 tahun itu bagaimanapun ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Miri, ketika sedang bergaduh di lokasi berkenaan jam 5 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, dua topi keledar dan batang besi yang digunakan dalam pergaduhan itu dirampas untuk membantu siasatan.

Enam lelaki terlibat dalam pergaduhan di hadapan Kedai Fruits City, Jalan Kwang Tung, Miri, ditangkap pihak polis petang semalam. FOTO NORSYAZWANI NASRI

“Tiada suspek yang mengalami kecederaan teruk dalam kejadian ini. Kesemua suspek telah ditahan untuk tindakan lanjut.

JIKA ANDA TERLEPAS : Tular wanita pamer aksi tidak senonoh dalam tren ditangkap pihak berkuasa

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya tadi.

Hakemal menasihatkan orang awam tidak melakukan jenayah kekerasan atau mengambil tindakan bertentangan dengan undang-undang.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/733861/gaduh-berebut-perempuan