Serius lah! Shamsul Ghau Ghau bekas anggota polis

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Serius lah! Shamsul Ghau Ghau bekas anggota polis. shamsul ghau ghau shamsul anuar nasarah shamsul iskandar najla shamsul shamsul baharin abdul rahman shamsul debat shamsul yusof shamsul shamsul amri baharuddin shamsul anuar[/bg_collapse]

Serius lah! Shamsul Ghau Ghau bekas anggota polis.Siapa sangka insan yang petah berceloteh, pandai melawak, menyanyi dan berlakon, Shamsul Ghau Ghau pernah bertugas sebagai anggota polis.

Dalam hantaran sempena Sambutan Hari Polis Ke 215 di akaun facebook, pemilik nama sebenar Shamsul Azhar Aliddin memuat naik foto 32 tahun lalu ketika beliau masih berkhidmat sebagai anggota polis.

“32 Tahun Yang Lalu..7/1/1990 hingga 1/7/1995. Lima tahun Pak Su dalam PDRM. Selamat Hari Polis Ke 215,” tulis beliau.

Anak seni kelahiran Kubu Gajah, Selama, Perak ini pernah menjalani latihan di Pusat Latihan Polis Air Hitam (Pulapah) Air Hitam yang terletak di Bahau, Negeri Sembilan.

Serius lah! Shamsul Ghau Ghau bekas anggota polis

Beliau yang mencipta nama melalui program realiti Sinaran Pasport Kegemilangan, anjuran TV3 ini juga pernah dikenali sebagai Konstabel Shamsul Azhar Aliddin.

Kini, beliau masih lagi aktif berlakon dan pada masa yang sama beliau juga turut aktif dalam dunia dakwah dan aktiviti keagamaan yang lain.

TONTON :

BACA:

Tanpa senaman pun boleh bakar lemak? Ini rahsianya…

Khatijah Tan dedah punca sebenar Pierre Andre hilang dari dunia seni

Jangan ambil mudah kalau nampak tompok hitam ini, segera bertindak