Shuib kongsi gambar waktu remaja, ‘Inilah rumah yang mengajar saya erti hidup sebenar’

Shuib kongsi gambar waktu remaja, ‘Inilah rumah yang mengajar saya erti hidup sebenar’.

Mimpi tidak bermakna tanpa keberanian.

Beberapa hari sebelum kahwin, Shuib berkongsi gambar lama beliau sewaktu remaja yang memberi seribu satu makna hingga membuatkan peminatnya berasa sebak, sayu serta bangga.

Shuib kongsi gambar waktu remaja, 'Inilah rumah yang mengajar saya erti hidup sebenar'

Berlatar belakangkan rumah usang, tingkap hambir roboh, karpet gambar kaabah di dinding yang pastinya mengimbau nostalgia orang kampung dulu-dulu.

“Dari umur 8 bulan sampai umur 17 tahun. Ini lah rumah saya dibesarkan. Air ambik tiap-tiap petang pakai baldi, mandi dekat parit, toilet luar rumah, tido pakai kelambu, lampu pakai pelita, moto takde yang ade cuma basikal, belanja sekolah 50sen, sabtu ahad tangkap belut buat tambah-tambah duit sekolah.

“Tapi inilah rumah yang mengajar saya erti hidup sebenar. Belajar erti susah sebenar, belajar menghargai setiap apa yang ada, Belajar bersyukur dengan nikmat Allah.” luah Shuib dalam satu temubual.

Apa yang kita boleh ambil iktibar dari gambar Shuib ini adalah, jangan pernah berputus asa mengejar impian.

Tahniah buat Shuib sah bergelar suami kepada Watie Hanafiah.

BACA :

AWAS!!! Taktik baru penjenayah, lekat paku pada selipar untuk pancitkan tayar kereta
Lelaki 56 tahun nekad duduki “Exam”, masuk Universiti buat kali ke-27
Hajat Abah ‘request’ nak pakai kasut formal tak kesampaian, hanya mampu edit gambar arwah