Si ibu terpaksa berhutang Ah Long demi majlis kahwin, anak selamba pergi bulan madu

Si ibu terpaksa berhutang Ah Long demi majlis kahwin, anak selamba pergi bulan madu. Mengidamkan majlis perkahwinan yang indah dan didatangi ramai orang merupakan suatu perkara yang diimpikan oleh semua para pengantin. Orang cakap kahwin ini sekali seumur hidup sahaja merasa apa salahnya kalau nak lebihkan sikit usaha untuk bersanding.

Namun, tidak semua boleh mengikut cara tersebut kerana bukan mudah untuk dilakukan majlis besar-besaran sedemikian tambahan apabila melihat kos-kos yang terlibat seperti makanan, hantaran dan pelamin.

Para pengantin juga seharusnya ukur baju di badan sendiri dan melihat sendiri kemampuan agar tidak termakan oleh diri sendiri dan menanggung derita yang berpanjangan.

Seperti baru-baru ini, tular sebuah hantaran di media sosial mengenai kisah ibu bapa yang dilihat ingin merancang majlis perkahwinan anaknya dan berlaku tragedi gelap yang merosakkan kehidupan keluarga tersebut.

Si ibu terpaksa berhutang Ah Long demi majlis kahwin, anak selamba pergi bulan madu

Abang kahwin dengan janda, tak pernah bawa bakal isteri jumpa keluarga

Hantaran tersebut telah dikongsikan di laman Twitter TwtWedding yang memuatnaik tangkap layar luahan hati salah satu pengikut akaun tersebut mengenai nasib keluarganya yang menanggung derita selepas majlis perkahwinan abangnya.

Advertisement
Pada awalnya, dia telah menceritakan mengenai abangnya yang baru berkahwin awal tahun ini bersama seorang wanita dikatakan seorang janda yang memiliki satu anak.

Sebelum berlangsungnya perkahwinan, abangnya tidak pernah membawa bakal isterinya berjumpa dengan keluarga dan paling pelik, perkahwinan diadakan di sebelah lelaki sahaja kerana ibu kepada janda tersebut tidak mahu ahli keluarganya mengetahui yang wanita tersebut sudah bercerai.

BACA:

Pegawai wanita TLDM pertama miliki kepakaran bidang peluru dan letupan, alumni MRSM rupanya

Mahkamah Rayuan putuskan anak Mat Sabu dilepas dan dibebaskan dari kes dadah