Siap ada bilik khas di rumah, penyanyi wanita bertudung didakwa amal sihir dan kerja khurafat

Siap ada bilik khas di rumah, penyanyi wanita bertudung didakwa amal sihir dan kerja khurafat.

Seorang selebriti yang juga penyanyi bertudung dan manis orangnya didakwa mengamalkan kerja khurafat iaitu sihir. Biar betul?

Kalau sebut nama selebriti atau penyanyi ni, mesti ramai yang kenal sebab dia dikatakan selalu sangat mencetuskan kontroversi.

Menurut laporan Utusan, penyanyi itu sebenarnya sudah lama mengamalkan sihir dan kerja khurafat itu hanya di rumah, siap ada bilik ‘khas’ dan tiada sesiapa pun yang dibenarkan masuk.

Siap ada bilik khas di rumah, penyanyi wanita bertudung didakwa amal sihir dan kerja khurafat

Tak diberitahu sebab apa, tapi sumber mendakwa, dalam bilik itu tiada barang berharga seperti duit atau barang kemas, tapi ada bau yang tak begitu selesa ditinggalkan di ruang tersebut

Bukan tu jer, selebriti itu juga pernah lakukan amalan yang bertujuan sebagai pemanis wajah agar orang senang mendekatinya namun lebih baik dirahsiakan sahaja.

Kata sumber, antara lain sebab dia melakukan sihir agar orang suka padanya, kiranya sebagai daya penariklah. Maklumlah, dia pun orang berniaga.

Semoga penyanyi yang dikatakan ini dapat jauhkan diri dari perkara ini dan sempat bertaubat.

BACA :

‘Kalau biasa pergi rumah kawan-kawan chinese, rumah mereka sangat simple’, ini sebabnya…
Pati ikan haruan tak sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin ‘czer’
‘Sebagai barista, saya pandai pilih pelanggan yang bodoh’