‘Siapa yang tak geram dengan perangai macam saya ni.. semua benda nak dilanggar..’

‘Siapa yang tak geram dengan perangai macam saya ni.. semua benda nak dilanggar..’.

(Last Post) Mulai pagi ni, tamat sudah segala isu berkaitan saya si Tanjak. Saya mahu restart semula dengan cara yang betul. Sy setuju dengan semua kritikan yang dikongsikan oleh banyak pakar kewangan, pakar undang2, pakar IT.

Depa cakap semua benda betul.. sape yg tak geram dengan perangai mcm sy ni.. semua benda nak dilanggar.

'Siapa yang tak geram dengan perangai macam saya ni.. semua benda nak dilanggar..'

Ni diantara benda yg saya setuju :

1. Guna akaun yg betul untuk donation

Minggu lepas mmg sy sudah meeting dengan syarikat billplz di starbuck puncak alam tentang isu ni. Dan billplz akan bantu buatkan payment gateway terus ke yayasan Misi Rakyat nanti.

Cuma skrg ni tengah tunggu CIMB utk approve akaun yayasan shj.. pd masa yg sama, billplz juga tolong setup akaun bank yayasan ni guna maybank juga. Takut CIMB terlalu lambat.

Sebarang donation untuk apa jua tujuan, sy hold dulu.. jika ada sesiapa perlukan bantuan donation.. sebenarnya banyak platform lain juga.. semua boleh guna.. jika ada kesempatan, sy akan bantu tarik crowd utk bantu di platform lain.

2. Elakkan lawan arus terang-terangan

Ni juga saya setuju sebab sy ni jenis over confident, poyo, content mcm heroic, kemudian nampak mcm terlalu lurus.. sy tahu semua ni sebab content begini disengajakan.. akibatkan ialah tidak senang dimata pihak-pihak terlibat.

So i wanna just be me.. hidup tak tenang selama ni trpaksa buat semua ni dalam keadaan mengancam nyawa dan membuka diri untuk diserang secara terbuka.

3. Audit

Ni bahagian paling penting sebab ni shj yg boleh membebaskan saya dari sebarang tuduhan 30%.. berat bila pegang amanah begini.

Sebab tu sy pegang amanah ni sendiri, tak berani melibatkan ramai sebab takut kelam mata dan mula bersuara untuk ambil bahagian masing2.

So sy wujudkan sistem transparent.. tak cukup.. kena ada audit baru sah.. so audit tahun 2022 sedang diuruskan oleh syarikat akauntan, pastu akan dihantar kepada auditor.. so nnti insyaAllah sy share report.

dan nanti, yayasan ada akaun je, sy akan ikut proper terus.. malah sy akan hire lawyer khas untuk jaga Misi dalam soal perundangan

Sy rasa sahabat2 media sosial yg kritik selama ni hanya memberi pendapat secara profesional cuma ada unsur2 perli di kalangan pengkomen sahaja.

Sy hampir2 harini nk balas few komen dengan bahasa kasar juga tadi tapi tak patut bagi saya untuk memusuhi sesiapa.

Jika disebabkan saya, kita semua boleh saling bermusuh.. lebih baik saya kembali berniaga.. tidak layak untuk teruskan Misi.

So sy minta maaf semua dan sy tak perlu maafkan sesiapa sebab tiada siapa yg salah.. sy yg cetuskan semua ni dari awal.

Subuh tadi sy tanya pd diri sy sendiri.

“Hang ni memecahkan org ka atau menyatukan orang? Hang tersilap langkah ni..”

Niat sy menyatukan, tapi perbuatan saya memecah belahkan semua.

So sebelum semua ni parah, sy restart semula tapi dengan cara saya jadi saya shj.. no more content acah bagus.

No more terms Ekonomi / Rakyat / Matawang / Kartel / Kerajaan / Politik / dan apa jua yang sensitif.. anggap sy ni usahawan sahaja lepas ni.

Sy harap ampa semua pun jgn kaitkan sy dgn politik dah.

Sy tetap akan teruskan Misi Farms.. tapi sy akan buka sendiri hub guna duit sendiri satu persatu untuk bantu saudara2 yg selama ni catu makanan.

Tolong org susah shj.. hidup lebih tenang.

Disaat ini setakat jam 6:20am, App misi masih lagi under maintainance sebab tengah restore balik data.. lagi beberapa jam sahaja akan selesai insyaAllah.

Thanks Allah

BACA :

‘Disebabkan ramai ‘attack’ saya, jadi saya ingin jujur niat “udang sebalik batu” yang saya ada di sebalik Misi’
Founder Misi si penunggang isu petani?
[VIDEO] Buat konten makan roti dengan makanan kucing, pemuda bikin netizen loya tekak