Sinar Harian mohon maaf kepada Lim Kit Siang

SINAR Harian memohon maaf secara terbuka kepada Plaintif (Lim Kit Siang) atas laporan tidak tepat dan tidak betul, yang telah diterbitkan dan diedarkan oleh pihak kami dalam penyiaran bertarikh 6 Ogos 2018 dan 11 Ogos 2018.

Kami telah secara salah melaporkan bahawa Plaintif meminta Malaya dibahagi kepada dua, Pantai Timur kepada Melayu dan Pantai Barat kepada Cina.

Kami mengesali kenyataan sensitif tersebut telah memberi kesan terhadap plaintif, telah kami terbitkan tanpa diverifikasi.

BACA JUGA : Wanita ini dedah perangai sebenar Ebit Lew

Lanjutan daripada ini, kami menarik balik tanpa syarat keseluruhan laporan-laporan bertarikh 6 Ogos 2018 dan 11 Ogos 2018 tersebut.

Berita penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/163141/BERITA/Nasional/Permohonan-Maaf-Terbuka-Kepada-Lim-Kit-Siang